web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


60 Atlet Olahraga Warnai GP Malaysia Minggu Depan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 2:21PM

S M Muthu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 60 atlet olahraga bakal berentap dalam Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia pada 10 dan 11 April ini di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia Datuk S M Muthu berkata mereka yang bertanding merangkumi 40 atlet kebangsaan manakala 20 lagi merupakan atlet yang mewakili negeri.

“Saingan GP Malaysia ini telah mendapat lampu hijau daripada Kementerian Belia dan Sukan  minggu lalu dan akan dianjurkan mengikut SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan. Ini juga merupakan antara kejohanan pemilihan ke Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan dari 21 November hingga 2 Disember ini.

“Semoga penganjuran ini dapat memberi khabar gembira kepada atlet dan berharap mereka dapat menyahut cabaran beraksi pada kejohanan ini dengan mempamerkan aksi terbaik setelah lama tidak bersaing secara kompetitif untuk merebut  slot ke Hanoi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Muthu berkata sebanyak 27 acara dijangka dipertandingkan termasuk 100 meter (m), 400m, 800m, lompat jauh, lompat tinggi dan lempar cakera.

Katanya kejohanan itu juga dilihat  sebagai medan bagi barisan kejurulatihan memilih atlet yang benar-benar layak untuk memburu slot ke Sukan Olimpik di Tokyo, dijadualkan dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Kali terakhir atlet negara berentap sesama sendiri ialah pada  Karnival Majlis Sukan Negara (MSN), Disember tahun lepas.

Kesemua atlet olahraga negara kini giat menjalani latihan seperti biasa di Trek MSN, Bukit Jalil, manakala jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa dan atlet lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin pula sedang menjalani latihan di Jerman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

AoV Intai Pentas Olimpik Selepas Cemerlang Di Sukan Asia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Legenda Olahraga Negara, Hanapiah Nasir Meninggal Dunia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Olahraga Digantung Sementara Selepas Kantoi Doping - ADAMAS

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Masih Boleh Bersabar Dengan Zii Jia - Hamidin

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad