web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Legenda Olahraga Negara, Hanapiah Nasir Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 9:00AM

Hanapiah Nasir menghidap leukemia sejak tiga tahun lalu - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Arena sukan tanah air menerima perkhabaran duka susulan pemergian legenda olahraga negara, Hanapiah Nasir, akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Perkhabaran pemergian Hanapiah, 65, itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang semalam.

“Semalam arwah dibawa ke hospital oleh anak perempuannya sekitar jam 4 petang dan ditahan di wad selepas mengalami tekanan darah rendah sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

“Arwah memang pernah sakit leukemia sekitar tiga tahun lepas dan hampir sembuh selepas menjalani rawatan. Namun, penyakit itu kembali menyerang dan menyebabkan kegagalan organ dalaman,” katanya ketika dihubungi BERNAMA. 

Jenazah bekas jaguh dekatlon kebangsaan era 80-an itu akan dibawa ke Masjid Kampung Baru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, jam 9 pagi hari ini.

Noorul, yang kali terakhir melawat Allahyarham tahun lepas untuk memberikan sumbangan, amat sedih atas pemergian Hanapiah dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada sukan tanah air. 

Allahyarham sebelum ini banyak menyumbang kepada arena olahraga negara apabila berjaya merangkul empat emas pada temasya Sukan SEA, menerusi acara lompat jauh (1985), 110 meter (m) lari berpagar (1985) dan dekathlon (1981 dan 1983). 

Allahyarham turut berjaya menyumbang pingat perak dalam acara 4x100m bersama Rabuan Pit, Sivaling Govindasamy dan Nordin Jadi pada 1985, selain meraih gangsa dalam acara 110m lari berpagar (1983) dan dekathlon pada 1991. 

Arwah terus bergiat dalam arena olahraga selepas bersara dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih negara dari 2005 hingga ke 2009. -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut