web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Olahraga Digantung Sementara Selepas Kantoi Doping - ADAMAS

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 12:27PM

Tanpa mendedahkan butiran atlet berkenaan, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengesahkan bahawa keputusan positif terhadap penggunaan bahan terlarang atau Adverse Analytical Finding (AAF) bagi bahan sibutramine - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arena sukan negara dicemari dengan satu lagi insiden doping, kali ini melibatkan seorang atlet olahraga semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil pada Februari lepas.

Tanpa mendedahkan butiran atlet berkenaan, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengesahkan bahawa keputusan positif terhadap penggunaan bahan terlarang atau Adverse Analytical Finding (AAF) bagi bahan sibutramine.

“Pengesahan keputusan diterima dari Makmal Anti-Doping di Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis sampel atlet olahraga berkenaan dengan penemuan bahan terlarang dalam sampel berkenaan, iaitu dalam kelas S.6 Stimulants - sibutramine,” kata ADAMAS menerusi kenyataan.

Berikutan itu, atlet berkenaan digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan atau pertandingan lain sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.

ADAMAS ketika dihubungi mengesahkan bahawa atlet berkenaan tidak beraksi pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, bulan lepas.

Sibutramine merupakan bahan tersenarai dalam senarai bahan yang dilarang penggunaannya sewaktu pertandingan oleh Agensi Anti-Doping Dunia.

Bahan itu lazimnya digunakan dalam kebanyakan produk mengurangkan berat badan dan pil pelangsing yang boleh didapati di pasaran dan ini bukan kes pertama melibatkan atlet Malaysia.

Sementara itu, ADAMAS berkata atlet terbabit akan diberi peluang untuk mempertahankan diri dan memberikan sebarang bukti untuk menyokong pembelaannya dalam tempoh pendengaran kes berkenaan.

Agensi itu juga berjanji bahawa keseluruhan proses akan dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan anti-doping yang ditetapkan berdasarkan kepada ADAMAS Anti-Doping Rules 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM).

“Prinsip kebertanggungjawaban mutlak adalah terpakai kepada atlet. 

“Ini bermakna setiap atlet harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan/atau sampel darah mereka yang diambil semasa pengujian kawalan doping, tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang. 

“Oleh itu, adalah penting bahawa atlet dan Kakitangan Sokongan Atlet mengetahui peraturan dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia,” menurut ADAMAS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lepas 'Kantoi' Tidur, Wan Fayhsal 'Kantoi' Edit Poster Pula

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek