web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 4:50PM

Keputusan Kerajaan Terengganu melarang atlet wanita menyertai sukan gimnastik menimbulkan rasa puas hati pelbagai pihak. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung menyifatkan keputusan kerajaan Terengganu melarang atlet wanita menyertai sukan gimnastik sebagai satu keputusan yang menyakitkan hati semua pihak. 

Menerusi satu kenyataannya hari ini, Lee berkata, bahawa keputusan itu adalah sesuatu yang keterlaluan dan tidak bertimbang rasa terhadap atlet sedia ada.

"Keputusan ini adalah keterlaluan, konservatif dan tidak bertimbang rasa. Pakaian sukan adalah untuk bertanding secara berkesan dan selesa, serta tidak harus dihukum dengan takrifan agama sempit.

"Keputusan ini menyakiti hati semua anak-anak yang bertahun-tahun berlatih serta ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk mengejar impian sebagai atlet.

"Bagaimanakah ibu bapa dapat perjelaskan kepada anak-anak mereka yang dihalang bertanding? Bagaimana dengan ruang dan masa depan golongan minoriti bukan Islam di Terengganu?," katanya dalam perkongsiannya di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco PAS Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim yang mengumumkan kerajaan negeri itu tidak membenarkan acara gimnastik dan gimrama wanita kerana memerlukan atlet memakai pakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh.

Malah, Lee turut menyelar usul Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohamad Zamir Ghazali yang mencadangkan kod pakaian atlet lelaki negeri itu juga mematuhi garis panduan baharu yang lebih ketat.

Malah, pelaksanaan yang dicadangkan Zamir itu dikatakan mencakupi pentadbiran PAS di negeri lain termasuk Kelantan dan Kedah.

"Jikalau keputusan Hishamuddin adalah melampau, saya menyifatkan cadangan Zamir Ghazali, Ketua Pemuda Amanah Terengganu sebagai satu 'kegilaan'," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya itu.

Beliau berkata, tindakan ini bukanlah satu pendirian di bawah oleh Pakatan Harapan (PH) dan juga jelas jauh dari landasan perjuangan PKR.

"Bertarung untuk melihat siapa lebih 'gah' perjuangkan identiti budaya atau agama tidak membawa rakyat kita ke mana, sebaliknya akan mengalihkan perhatian ke atas isu sebenar (daya saing dan kebajikan atlet) dan terus memudaratkan negara kita.

"Let's call sport a sport (Mari kita anggap sukan sebagai sukan)," kata Lee lagi.

Semalam, Presiden Persatuan Gimnastik Terengganu (PGNT) Abdul Razak Mat Amin berkata, persatuan itu akan akur dengan keputusan kerajaan Terengganu yang melarang penyertaan atlet wanita dalam acara gimnastik.

Kerajaan Terengganu pada awalnya menegaskan, pakaian patuh syariah terhadap atlet gimnastik dan gimrama negeri berkenaan hanya membabitkan peserta yang beragama Islam sahaja.

Hishamuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, berkata garis panduan pemakaian sukan patuh syariah itu tidak membabitkan atlet bukan Islam.

Beliau berkata, pihaknya hanya tidak memberi kebenaran kepada atlet gimnastik dan gimrama wanita beragama Islam menyertai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja