web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masih Boleh Bersabar Dengan Zii Jia - Hamidin

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 8:43PM

Hamidin Mohd Amin - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin masih menaruh kepercayaan kepada pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan sedia menunggu detik kebangkitan juara All England 2021 itu pada temasya sukan berprestij tersebut.

Beliau berkata peluang perlu terus diberikan kepada Zii Jia, yang diibaratkan sebagai aset kontinjen negara di Paris, untuk menemui semula rentak kecemerlangan sekali gus keluar daripada fasa prestasi kurang memberangsangkan ketika ini.

“Saya sebagai Ketua Kontinjen masih boleh bersabar, minggu depan saya ada pertemuan dengan dia lagi, beri dia peluang, kadang-kadang pemain ini ada masalah yang perlu diselesaikan. Kita perlu ingat ini aset, bukan senang kita nak gilap aset lain secara tiba-tiba, aset muda mungkin lima tahun lagi.

“Tetapi kalau sampai satu masa dia tidak boleh buktikan, kita terpaksa buat satu keputusan… saya yakin dia pemain yang bagus,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Milo dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Dalam kemas kini ranking dunia terbaharu, Zii Jia yang terkandas di pusingan kedua kejohanan badminton Masters Malaysia baru-baru ini, jatuh dua anak tangga di posisi ke-10 selepas pernah menjadi nombor dua dunia pada Oktober tahun lepas.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata bermula sekarang barisan pemain badminton kebangsaan seharusnya berusaha sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir dalam mana-mana kejohanan bagi meraih mata kelayakan ke Paris selain menimba pengalaman beraksi pada tahap yang tinggi.

Pada masa sama, Timbalan Presiden MOM dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu mengingatkan pemain badminton negara yang tidak berada dalam Road To Gold (RTG) masih berpeluang menyertai projek tersebut sekiranya menunjukkan pencapaian positif.

Beliau berkata perkara itu juga memberi mesej kepada barisan pemain sedia ada supaya tidak berasa terlalu selesa dan berisiko digugurkan.

“Macam pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki) dan Ng Tze Yong (perseorangan lelaki) antara yang berpotensi menyingkirkan pemain sedia ada ataupun dimasukkan selepas mencapai kriteria minimum iaitu berada dalam ranking 10 terbaik dunia,” katanya.

Hamidin turut menasihati barisan atlet negara supaya tidak memberi tekanan kepada diri sendiri dengan terlalu memikirkan mengenai memenangi emas di Paris sebaliknya fokus kepada usaha meningkatkan prestasi dalam kejohanan yang bakal disertai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan