web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cabaran Malaysia Ke Final Jejajah Dunia BWF Berakhir

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 12:07PM

Cabaran Mei Kuan (kiri) dan Meng Yean ditamatkan oleh pasangan dari Korea Selatan. Gambar: Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cabaran Malaysia di Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menemui noktah selepas dua beregu yang tinggal beraksi – Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tewas di dalam perlawanan separuh akhir di Bangkok, Thailand semalam.

Mei Kuan-Meng Yean yang melakukan kejutan selepas menumpaskan gandingan nombor lapan dunia, Greysia Polli- Apriyani Rahayu dari Indonesia dalam aksi final Kumpulan A semalam, gagal meneruskan momentum kemenangan mereka apabila kecundang kepada beregu nombor empat dunia Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan 21-14, 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 49 minit di Impact Arena.

“Kami tidak bermain dengan bagus, kami melakukan terlalu banyak kesilapan.  Mereka lebih hebat dan sentiasa memberikan tekanan kepada kami.  Kami tidak bertahan dengan baik,” kata Mei Kuan dalam laman sesawang BWF.

“Apabila kami menyerang, mereka menyerang balas dengan pantas, jadi ia amat sukar untuk terus memberikan tekanan kepada mereka,” tambahnya.

Beregu Korea Selatan itu yang menjuarai Terbuka Toyota Thailand baru-baru ini akan bertemu beregu senegara  Kim So Yeong-Kong Hee Yong dalam final esok.

Beregu keenam dunia itu mara ke final  selepas mengalahkan pasangan tuan rumah  Jongkolphan  Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-11, 12-21 dan 21-16 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon tersingkir daripada kejohanan yang menawarkan hadiah US$1.5 million (RM6.062 juta) selepas kalah kepada pasangan Korea Selatan,  Seo Seung Jae-Chae Yujung 21-19, 21-8. – Bernama, 31 Januari 2021

Keputusan separuh akhir:

Perseorangan Lelaki:

Anders Antonsen (DEN) mn Wang Tzu Wei (TPE) 21-18, 14-21, 21-16

Viktor Axelsen (DEN) mn Chou Tien Chen (TPE) 21-16, 21-9

Beregu Lelaki:

Lee Yang-Wang Chi-Lin (TPE) mn Ben Lane-Sean Vendy (ENG)  22-20, 21-17

Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mn Choi Solgyu-Seo Seung Jae (KOR) 23-21, 21-13

Perseorangan Wanita:

Tai Tzu Ying (TPE) mn An Se Young (KOR)  21-18, 21-12

Carolina Marin (ESP) mn Pornpawee Chochuwong (THA) 21-13, 21-13

Beregu Wanita:

Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) mn Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (MAS)  21-14, 21-15

Kim So Yeong-Kong Hee Yong (KOR) mn Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (THA) 21-11, 12-21, 21-16

Beregu Campuran:

Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA)  21-15, 21-17

Seo Seung Jae-Chae Yujung (KOR) mn Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (MAS) 21-19, 21-8

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad