web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arsenal Unggul Dalam ‘North London Derby’

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 12:38PM

Odegaard meraikan gol pertamanya untuk Arsenal. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Arsenal bangkit dari ketinggalan satu gol selepas Erik Lamela membuka jaringan dengan gol Rabona dalam “North London Derby” untuk menundukkan Tottenham 2-1 awal pagi tadi manakala Manchester United pula mengukuhkan pegangan mereka ke atas posisi empat teratas di Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas West Ham.

Bukan sahaja harapan Tottenham untuk kembali ke posisi empat teratas tercalar, pasukan itu juga kehilangan khidmat Son Heung-min yang mengalami kecederaan hamstring di Stadium Emirates.

Sementara Lamela, yang dimasukkan untuk menggantikan Heung-min pula bertukar menjadi antagonis kerana diarah keluar padang selepas menerima kad kuning keduanya.

Arsenal mendominasi separuh masa pertama dan usaha itu berbuah hasil selepas rembatan Martin Odegaard terkena Toby Alderweireld dan melantun masuk ke gawang Tottenham untuk gol pertama pemain Norway itu.

“Kami bermain dengan teruk pada separuh masa pertama.

“Skor 1-1 bukan satu gambaran yang betul. Pertahanan kami teruk, kami tidak menekan Arsenal dan pemain utama kami ‘menyorok’,” kata pengurus Tottenham Jose Mourinho.

Alexander Lacazette menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan Davinson Sanchez untuk melengkapkan jaringan buat The Gunners.

Walaupun kurang satu pemain Tottenham mendominasi di lewat permainan dan hampir menjaringkan gol penyamaan.

“Sepuluh minit terakhir itu adalah persembahan paling buruk kami.

“Kami tidak mengawal permainan dan keadaan,” kata pengurus Arsenal Mikel Arteta.

Anak buah Arteta kini 10 mata di belakang pasukan di tangga keempat Chelsea dengan baki satu perlawanan dalam tangan.

West Ham terlepas peluang untuk melonjak ke posisi empat teratas selepas strategi bertahan mereka dihukum lapan minit selepas separuh masa kedua bermula.

Gol sendiri Craig Dawson memastikan United kekal satu mata di hadapan pasukan di tangga ketiga, Leicester, yang membenam pasukan tercorot liga Sheffield United 5-0.

“Ini satu minggu yang bermakna buat kami.

“Tiga mata ini sangat signifikan kerana West Ham sedang mencabar untuk masuk ke posisi empat teratas,” kata pengurus United Ole Gunnar Solskjaer.

Hatrik Kelechi Iheanacho bersama gol-gol dari Ayoze Perez dan Ethan Ampadu memastikan Sheffield United terus di tangga tercorot liga.

Lewis Dunk and Leandro Trossard memastikan Brighton membuka jurang tiga mata kepada Fulham yang berada dalam zon relegasi selepas gol-gol mereka membantu pasukan itu menundukkan Southampton 2-1. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad