web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Messi Menang Ballon d’Or Buat Kali Ketujuh

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 8:37AM

Messi bersama tofi Ballon d'Or. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Lionel Messi mengakui menjuarai Copa Amerika bersama Argentina mungkin faktor yang menyebabkan dirinya dinobat sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik selepas merangkul anugerah Ballon d’Ore buat kali ketujuh dalam kariernya.

Pemain tengah yang berusia 34 tahun itu mengalahkan calon lain yang dianggap pilihan utama seperti Robert Lewandowski dan Karim Benzema di majlis gilang-gemilang yang diadakan di Paris.

Walaupun memberi aksi kurang meyakinkan selepas berhijrah daripada Barcelona ke Paris, juri yang terdiri daripada wartawan sukan dari seluruh dunia memilih legenda Argentina itu kerana sumbangannya membantu negaranya memenangi kejuaraan antarabangsa pertama sejak 1993.

“Dua tahun lalu saya merasakan yang karier saya semakin sampai ke penghujung tetapi sekarang saya kembali semula di sini,” kata Messi yang memenangi edisi Ballon d’Or terakhir pada 2019 sebelum majlis tahun lepas dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Messi juga merangkul anugerah yang sama pada 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.

“Ramai yang mula bertanya bila saya akan bersara, tetapi saya kini berada di Paris dan sangat gembira.

“Saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh terus bermain, saya berharap dapat beraksi dengan lama lagi kerana sangat menikmati aksi bersama pasukan saya tahun ini.

“Apa yang saya dapat capai bersama Argentina adalah mimpi yang menjadi nyata. Saya rasa saya dapat anugerah ini kerana apa yang kami kecapi di Copa Amerika, jadi saya dedikasikan anugerah ini kepada rakan sepasukan saya juga,” kata Messi di Chatelet Theatre di tengah Paris di mana dia ditemani isterinya Antonella Roccuzzo dan tiga anaknya.

Argentina mengalahkan Brazil 1-0 di final Copa Amerika di Rio de Janeiro yang menyaksikan Messi memenangi kejuaraan besar pertamanya bersama pasukan antarabangsa negara itu.

Alexia Putellas
Alexia Putellas

Alexia Putellas dari Sepanyol memenangi anugerah buat kategori wanita. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar