web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencapaian Layak Ke Uzbekistan Tanpa Kalah, Bolos Amat Baik - Kim Swee

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 7:25PM

Kim Swee - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 dengan rekod tanpa kalah dan bolos adalah satu pencapaian yang sangat baik.

Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee berkata cabaran yang ditempuh pasukan muda negara bukan mudah selepas terpaksa menghadapi saingan kelayakan kejohanan itu baru-baru ini tanpa sebarang pendedahan aksi persahabatan antarabangsa.

Beliau berkata kekurangan itu dapat diatasi barisan anak buah Ketua Jurulatih Brad Maloney yang menunjukkan karakter terpuji sepanjang kempen kelayakan itu di Ulaanbaatar, Mongolia, selain berjaya memahami misi utama pasukan untuk meraih tiga mata dalam setiap perlawanan.

“Apabila pemain ke Mongolia mereka tahu untuk mendapatkan keputusan, walaupun kemenangan tipis tetapi ‘keputusan kemenangan’ itu penting yang akan membawa kita ke Uzbekistan tahun hadapan.

“...dan kita tahu daripada senarai 23 pemain ke Mongolia, 15 adalah pemain yang boleh lagi beraksi pada kelayakan akan datang atau pun kelayakan Sukan Olimpik 2024.

“Ini penting kerana apabila layak mereka akan didedahkan lagi berdepan pasukan-pasukan berkualiti,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Malaysia mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan selepas menjuarai saingan Kumpulan J pusingan kelayakan itu dengan menewaskan Laos 1-0 diikuti kejayaan membenam Mongolia 1-0 sebelum seri tanpa jaringan menentang Thailand.

Ini kali kedua pasukan muda negara layak beraksi di pusingan akhir kejohanan berkenaan sejak ia mula dianjurkan pada awal 2014 dan bakal memasuki edisi kelima penganjurannya tahun depan.

Sebagai rekod, skuad B-22 negara yang dibimbing Kim Swee pada ketika itu berjaya melangkah ke pusingan kalah mati selaku naib juara saingan kumpulan sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan di pusingan suku akhir pada edisi 2018 di China.

Sementara itu, bekas pengendali skuad senior kebangsaan itu yang kini mengemudi pasukan Sabah FC memuji corak taktikal diterapkan Maloney yang merupakan penolongnya sewaktu membimbing skuad muda itu sebelum ini.

“Dari segi keputusan kalau kita lihat mereka (pemain) tahu untuk mendapatkan keputusan dan corak permainan boleh dikatakan amat baik.

“Kalau kita dapat lihat perlawanan berlangsung di Mongolia dengan keadaan padang yang tidak begitu baik bagi saya ia menyusahkan semua pasukan untuk mengerakkan bola atau bermain mengikut cara latihan serta corak permainan mereka,” kata Kim Swee. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad