web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man United Kecewa Tidak Diberi Sepakan Penalti, Bale Cemerlang Untuk Tottenham

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 9:39AM

Bale meraikan gol keempat Tottenham bersama Lucas Moura di Stadium Tottenham di London pada 28 Februari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester United kecewa apabila mereka tidak diberi sepakan penalti selepas seri 0-0 menentang Chelsea, manakala Gareth Bale cemerlang membantu Tottenham mengalahkan Burnley 4-0 dengan menjaringkan dua gol.

United, yang berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris, kini berada 12 mata di belakang peneraju liga Manchester City selepas urutan menang sekali dalam empat perlawanan.

Pengurus Chelsea Thomas Tuchel kini mempunyai rekod sembilan perlawanan tanpa kalah selepas menggantikan Frank Lampard.

Titik perbincangan paling besar dalam permainan yang membosankan datang apabila United sepatutnya diberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Callum Hudson-Odoi, tapi pengadil Stuart Attwell memilih untuk tidak memberi penalti tersebut selepas menonton insiden itu di monitor tepi padang.

“Ia adalah satu penalti. Jika itu satu posisi semula jadi untuk tangan dia berada semasa bola sampai saya pasti buta,” kata pengurus United Ole Gunnar Solskjaer.

Tuchel tidak bersetuju, beliau berkata: “Situasi ini sebenarnya tidak memerlukan VAR. Saya tidak faham kenapa pengadil perlu memeriksanya, tapi saya gembira ia bukan penalti.”

Selepas lima kekalahan dalam enam permainan liga sebelum ini, Tottenham berjaya mengurangkan tekanan ke atas pengurus mereka Jose Mourinho dengan sumbangan besar dari Bale.

Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membuka jaringan selepas menyudahkan umpanan Son Heung-min selepas hanya 68 saat wisel mula ditiupkan.

Pemenang empat kali Liga Juara-Juara Eropah itu kemudian memberi umpanan kepada Harry Kane untuk gol kedua Tottenham.

Lucan Moura menambah gol ketiga kelab London itu sebelum Bale melengkapkan jaringan.

Tottenham naik ke tangga kelapan, enam mata di belakang tempat empat teratas dan ada satu baki perlawanan dalam tangan.

Dalam perlawanan yang lain, Arsenal menundukkan Leicester 3-1, David Luiz , Alexandre Lacazette, dan Nicolas Pepe menjaringkan gol-gol kelab London itu, manakala Youri Tielemans menjaringkan gol sulung The Foxes.

Leicester kekal di tangga ketiga liga.

Jaringan daripada Curtis Jones dan Roberto Fimino membantu Liverpool merapatkan jurang ke Leicester kepada enam mata selepas membenam Sheffield United 2-0.

Fulham seri 0-0 dengan Crystal Palace. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar