web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Ke Suku Akhir, Kalahkan Mesir 5-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 7:28AM

Tze Yong meyumbangkan mata dalam kemenangan 5-0 Malaysia ke atas Mesir. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad badminton negara terdiri daripada barisan pemain muda kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Sudirman 2021 selepas menewaskan Mesir 5-0 di Vantaa, Finland, malam tadi.

Rentak kemenangan skuad negara bermula dengan aksi beregu campuran di ranking ke-49 dunia Cheng Tan Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan Ahmed Salah-Nour Ahmed Youssri 21-6, 21-7 dalam masa 20 minit untuk mata pertama Malaysia.

Mata kedua diperoleh menerusi perseorangan lelaki Ng Tze Yong selepas menamatkan tempoh 24 minit perlawanan dengan kemenangan 21-8, 21-2 mengalahkan Mohamed Mostafa Kamel.

Malaysia mengesahkan tempat di suku akhir apabila pemain di ranking 134 dunia Eoon Qi Xuan mengecewakan Doha Hany yang menduduki ranking ke-113, 21-5, 21-7 dalam perseorangan wanita.

Mesir yang hanya menyenaraikan empat pemain, menurunkan gandingan Mohamed Mostafa-Ahmed untuk berdepan Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk aksi beregu lelaki, dengan kemenangan berpihak kepada pasangan negara 21-7, 21-6.

Beregu wanita Teoh Mei Xing-Yap Ling melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia selepas mengalahkan Nour-Doha 21-4, 21-9.

Malaysia melakukan perubahan menurunkan barisan kedua selepas skuad negara mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas England pada perlawanan pembukaan semalam dengan merehatkan perseorangan utama Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (beregu campuran), S Kisona (perseorangan wanita) dan Pearly Tan-M.Thinaah (beregu wanita).

Malaysia bakal berdepan Jepun bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan pada Khamis 9 malam dalam penentuan juara kumpulan.

Untuk rekod, Malaysia mara ke separuh akhir Piala Sudirman pada edisi 2009 di Guangzhou, China manakala pada edisi 2019 di Nanning, China, skuad negara terkandas di suku akhir.

Sementara itu, Jepun yang diketuai pemain No 1 dunia Kento Momota menempah slot ke suku akhir selepas mengesahkan kemenangan ke atas England dalam satu lagi perlawanan kumpulan D.

Jepun memulakan kempen Piala Sudirman 2021 dengan menewaskan Mesir 5-0, semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad