web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Tarik Emas Kekal, Ziyad Minta Maaf

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 12:12PM

Keputusan ini menyebabkan pingat emas Ziyad ditarik kembali. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk menarik kembali emas atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli untuk pertandingan lontar peluru F20 dikekalkan oleh World Para Athletics.

Dalam satu ciapan oleh Team Malaysia, bantahan negara telah ditolak dan menyebabkan penyertaan Ziyad kekal dibatalkan, lapor The Vibes.

“Ini bukan keputusan yang kita mahukan tetapi kami mengharapkan Ziyad kekal kuat. Apa pun yang berlaku Ziyad tetap juara di hati rakyat Malaysia,” katanya.

World Para Athletics juga telah menolak rayuan daripada Australia dan Ecuador.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan badan sukan yang mengendalikan acara olahraga di Paralimpik Tokyo 2020 itu, ia berkata keputusan yang diambil berdasarkan Syarat World Para Athletics 5.5 berkenaan “Gagal untuk melaporkan diri ke ‘Call Room’”.

“Peraturan itu menyatakan jika atlet tiada di dalam ‘call room’ pada masa yang ditetapkan seperti yang di dalam jadual, keputusan mereka akan ditunjukkan sebagai DNS (did not start).

“Mengikut peraturan ini, para atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah protes sementara pengadil mempertimbangkan bukti kenapa atlet lewat ke ‘call room’.

“Selepas setelah mempertimbangkan bukti yang dipersembahkan, pengadil menentukan tiada alasan yang munasabah kenapa atlet gagal melaporkan diri ke ‘call room’ pada waktu yang ditetapkan.

“Para atlet telah membuat rayuan terhadap keputusan ini kepada juri rayuan, yang memberi pasukan peluang untuk mempersembahkan semua maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan akhir. Juri rayuan telah menegakkan keputusan pengadil dan mengesahkan keputusan atlet-atlet berkenaan sebagai DNS.”

Terdahulu awal pagi ini, Ziyad membuat permohonan maaf.

“Saya meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima Kasih atas sokongan anda semua,” katanya dalam satu muatan ringkas di laman rasmi Facebooknya.

Semalam Ziyad memecahkan rekod dunia dalam final acara lontar peluru kategori F20 dengan mencatatkan lontaran sejauh 17.94 meter pada cubaan ketiganya, dan menyumbangkan pingat emas kedua Malaysia di Temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, kemenangannya hanya sementara selepas Ukraine menghantar bantahan yang menyebabkan penyertaan Ziyad dibatalkan dan atlet negara Eropah itu diisytiharkan sebagai pemenang.

Dalam kemarahan warganet, Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo membangkitkan persoalan tentang sikap jawatankuasa penganjuran.

“Sikap jawatankuasa penganjuran telah menyebabkan kontroversi ini. Persoalan ini harus ditangani dengan pantas dan telus untuk memelihara semangat Olimpik.

“Saya bersama rakan dari Malaysia mengikut perkembangan Tokyo 2020 dengan rapat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Ziyad Zolkefli atas persembahan hebat beliau, memecahkan rekod dunia dalam acara lontar peluru F20.

“Dia sememangnya seorang juara dalam hati orang ramai bukan sahaja rakyat Malaysia,” kata Nechytaylo di laman Facebooknya. - Getaran, 1 September 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 tahun yang lalu

2021, Pahit Dan Manis Arena Sukan Negara

2

Kolum 4 tahun yang lalu

Dalam Isu Ziyad, Keunggulan Aksi ‘Tai-Chi’ Menyerlah

3

Sukan 4 tahun yang lalu

2 Tahun Tinggalkan Keluarga, Bonnie Pulang Bawa Kejayaan

4

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 30

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran