web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2021, Pahit Dan Manis Arena Sukan Negara

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 2:03PM

Zii Jia menamatkan kemarau empat tahun Malaysia di Kejohanan All England. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahun 2021 dalam konteks sukan negara, masih lagi terkesan dengan sekatan dikenakan kerana pandemik COVID-19 yang masih melanda seluruh dunia.

Tetapi sinar hadir apabila Malaysia memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan sedikit demi sedikit aktiviti sukan serta riadah mula dibenarkan.

Ini bermaksud atlet-atlet kebangsaan kita mula dibenarkan kembali berlatih untuk menghadapi kejohanan antarabangsa dan temasya sukan paling besar tahun ini,  Olimpik Tokyo 2020.

Getaran mengimbas kembali beberapa saat gemilang dan malang sukan negara bagi tahun ini.

Lee Zii Jia Juara All England

Tidak ramai yang menjangka tonggak perseorangan badminton negara ini mampu menghasilkan kejutan di kejohanan berprestij itu pada bulan Mac di Birmingham, England.

Tetapi itu tidak melunturkan semangat anak kelahiran Kedah itu untuk membawa pulang mahkota All England pertama negara, sejak kali terakhir dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

Zii Jia gagal menyerlah di penghujung musim ini. - Gambar AFP
Zii Jia gagal menyerlah di penghujung musim ini. - Gambar AFP

Dalam pertarungan sengit tiga set Zii Jia menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mengalahkan Victor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 dalam masa 74 minit.

Walaupun penutup musim Zii Jia dibayangi prestasi buruk dan kecederaan, kejayaannya di England memberi sinar baharu buat peminat sukan badminton negara.

KL City FC Juara Piala Malaysia

Tidak banyak yang berbeza tentang wajah saingan bola sepak Malaysia tahun ini.

Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap unggul dalam saingan Liga Super, merangkul mahkota kelapan berturut-turut dengan perbezaan 14 mata kepada pasukan di tangga kedua.

Di peringkat antarabangsa pula Harimau Malaya terus mengecewakan selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala AFF pada awal bulan ini.

Tetapi dalam aksi Piala Malaysia pula lain ceritanya.

KL City tamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia. - Gambar Bernama
KL City tamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia. - Gambar Bernama

KL City dilihat sebagai pasukan bukan pilihan, yang mungkin akan memberi saingan buat juara bertahan JDT tetapi nyata tidak sukar untuk dijinakkan.

Selepas babak pertama yang didominasi pasukan dari selatan itu, ramai merasakan KL City akan dibolosi pada babak kedua.

Tetapi anak buah Bojan Hodak memulakan babak kedua dengan garang dan menjaringkan dua gol untuk menamatkan penantian 32 tahun kelab itu menjulang Piala Malaysia.

Pecutan Azizulhasni Awang Hanya Cukup Untuk Perak

Sebelum temasya Tokyo 2020 bermula, The Pocket Rocketman dilihat sebagai atlet harapan untuk menamatkan kemarau emas Malaysia di pentas Olimpik.

Dan atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu pula tidak menghadapi masalah besar untuk layak ke pusingan akhir acara kegemarannya Keirin.

Nasib tidak menyebelahi Azizulhasni dalam final Keirin Olimpik Tokyo. - Gambar Bernama
Nasib tidak menyebelahi Azizulhasni dalam final Keirin Olimpik Tokyo. - Gambar Bernama

Tetapi apabila saingan final bermula, kesilapan taktik daripada pelumba Australia Matthew Glaetzer yang membiarkan penunggang Britain, Jason Kenny memecut laju tanpa dicabar menyebabkan Azizulhasni terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Ditambah dengan pingat gangsa Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki, Malaysia menyamai pungutan pingat di temasya Atlanta 1996 dan London 2012.

Atlet Para Teruskan Kilauan Emas Paralimpik

Di temasya Paralimpik Tokyo 2020 pula, Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan dua perak.

Abdul Latif Romly berjaya mempertahankan emasnya dalam acara Lompat Jauh T20, manakala Bonnie Bunyau Gustin dan Cheah Liek Hou membawa pulang emas dalam penampilan pertama mereka di pentas Paralimpik, menerusi acara powerlifting lelaki 72kg dan badminton perseorangan lelaki SU5.

Bonnie Bunyau berjaya meraih emas dalam penampilan Olimpik pertamanya. - Gambar Bernama
Bonnie Bunyau berjaya meraih emas dalam penampilan Olimpik pertamanya. - Gambar Bernama

Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun membawa pulang perak dalam acara powerlifting lelaki 107kg dan Boccia individu campuran BC1.

Bonnie turut mengekalkan kecemerlangannya apabila mempertahankan kejuaraan dunianya di Tbilisi, Georgia pada awal bulan ini.

Emas Muhammad Ziyad Zolkefli Dibatalkan

Dalam pada kegemilangan yang dikecapi Malaysia di Tokyo, timbul kontroversi yang melibatkan juara bertahan acara lontar peluru F20 lelaki itu.

Rakyat Malaysia sudah girang meraikan kejayaan Ziyad mempertahankan emas yang dimenanginya di Rio 2016 dan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri.

Tetapi kegembiraan itu terhenti apabila timbul berita penyertaan atlet kelahiran Selangor itu dibatalkan.

Ziyad tidak dapat mempertahankan gelaran Olimpiknya. - Gambar Bernama
Ziyad tidak dapat mempertahankan gelaran Olimpiknya. - Gambar Bernama

Ziyad dikatakan lewat masuk ke ‘call room’ dan penganjur membenarkan beliau untuk terus bertanding sementara siasatan dijalankan.

Status juara dunia 2017 itu kemudian ditukar menjadi ‘did not start' dan pingat emasnya terpaksa dikembalikan.

Pingat emas kemudian diberi kepada atlet Ukraine Maksym Koval, dan kemudian, rayuan Malaysia pula ditolak.

Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat insiden ini dan mereka merumuskan bahawa atlet itu terbukti lewat ke ‘call room’ dan negara sah terlepas satu pingat emas yang berharga. - Getaran, 30 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad