web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Tahun Tinggalkan Keluarga, Bonnie Pulang Bawa Kejayaan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 10:34PM

Bonnie (tengah) menunjukkan pingat emas yang dimenangi kepada kepada ayah Gustin Jenang dan ibu Evelyn Gelagor.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Selepas dua tahun tidak bertemu keluarga di Sarawak kerana komitmen kepada persiapan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin, 22, mengakui sangat merindui keluarga yang ditinggalkan.

Pengorbanannya memendam segala kerinduan tersebut nyata tidak sia-siap apabila kepulangannya ke Kampung Baru Mawang, Serian, kali ini tidak dengan tangan kosong.

Wira negara itu unggul dalam kelas tersendiri, dengan menghadiahkan emas pertama buat negara menerusi acara powerlifting kategori lelaki 72 kilogram (kg).

“Sebagai seorang anak kampung saya cukup gembira kerana dapat membanggakan negara dengan kemenangan pingat emas dan tidak sabar mahu menunjukkannya kepada ayah Gustin Jenang, 54, dan ibu Evelyn Gelagor, 40.

“Kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang, sebaliknya milik ibu, ayah dan abang yang banyak memberi dorongan dan inspirasi,” katanya kepada Getaran di sini.

Berpeluang bercuti selama seminggu bersama keluarga, anak muda bersemangat kental bak besi waja itu tiba di Sarawak tiga hari lalu, dan berazam mahu meluangkan seberapa banyak masa yang ada dengan dikelilingi insan tersayang.

“Sepanjang dua tahun berlatih di Kompleks Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur, kami langsung tidak bersua muka, hanya panggilan telefon menjadi pengubat rindu kepada keluarga yang jauh di mata,” katanya.

Menurut Bonnie, dia akan segera menyambung latihan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak sebaik cutinya berakhir.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga kiri) merakamkan gambar bersama atlet paralimpik Sarawak.
Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga kiri) merakamkan gambar bersama atlet paralimpik Sarawak.

 “Ini sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Dunia di Georgia November nanti.

“Saya amat berharap semua rakyat akan terus mendoakan kejayaan atlet negara dalam apa jua kejohanan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, bapa Bonnie, Gustin berkata, kejayaan dicapai anaknya itu amat membanggakan, apatah lagi selepas berpenat-lelah mengharungi segala latihan yang begitu mencabar sebelum temasya berkenaan bermula.

“Bonnie sudah menunjukkan minat dalam acara powerlifting sejak kecil lagi kerana sering menemani saya berlatih, sebelum mula mewakili negara pada 2017.

“Saya juga pernah merangkul gangsa kategori lelaki 59 kilogram pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, mungkin ini menjadi dorongan dan pembakar semangat kepada Bonnie,” katanya.

Selain Bonnie, atlet Sarawak lain yang turut mengibarkan cabaran negara  ialah Jong Yee Khie, juga pemenang pingat perak juga dalam acara powerlifting, Mohammad Nur Syaiful (renang), Wiro Julin (memanah) dan Jamery Siga (renang).

Antara yang menyambut kepulangan mereka ialah Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Abdul Karim berkata, kerajaan negeri setakat ini masih belum memutuskan bentuk insentif dan ganjaran yang bakal diterima Bonnie dan Jong atas kejayaan mereka menghadiahkan negara pingat emas dan perak  dalam acara powerlifting.

“Perkara ini sudah di bawa ke pihak atasan dan akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet hujung bulan ini.

“Selepas diluluskan kita akan mengumumkan insentif yang akan diberikan kepada mereka,” jelasnya. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad