web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dalam Isu Ziyad, Keunggulan Aksi ‘Tai-Chi’ Menyerlah

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 9:00AM

Ziyad Zolkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tai chi merupakan satu seni mempertahankan diri tradisional dari China.

Ianya juga dilihat sebagai satu aktiviti senaman yang agak popular dikalangan mereka yang berumur di serata dunia termasuk Malaysia.

Perkataan ‘tai chi’ juga sering digunakan untuk menghuraikan situasi di mana seseorang itu sedang mengelak daripada sesuatu.

Isu atlet para negara Muhamad Ziyad Zolkefli merupakan contoh terbaik di mana para pegawai yang terlibat telah berjaya men-‘tai chi’ tanggungjawab mereka.

Sehingga kini, hanya Ziyad dan jurulatihnya Mohd Faizol Harun memohon maaf dan menerima keputusan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Belia dan Sukan berkenaan isu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Walaupun mencatat rekod dunia dengan lontaran 17.94m dalam acara lontar peluru F20, pencapaian Ziyad tidak diiktiraf sekali gus Malaysia tidak berpeluang untuk memenangi pingat emas di kejohanan tersebut Ogos lalu.

Faizol juga berharap perkara ini tidak lagi diperbesarkan. Ada pula yang merasakan ada “hikmah” di sebalik apa yang berlaku.

Majlis Paralimpik Malaysia, dalam kenyataannya baru-baru ini, berkata mereka akan mengambil “tindakan proaktif bagi tentukan semua warga yang terbabit dalam acara sukan, terutama dalam acara antarabangsa, cukup fasih dengan segala peraturan pertandingan.”

Salah satu langkah tersebut adalah dengan memperkenalkan surat aku janji kepada barisan jurulatih dan atlet supaya mereka memupuk sifat profesionalisme serta menjalankan tanggungjawab dengan lebih teliti dan efektif.

Di sini la kita dapat melihat kebolehan aksi ‘tai chi’ dikalangan sesetengah pihak.

Malaysia kehilangan pingat emas. Rekod dunia pula tidak diiktiraf. Pelaburan yang telah buat untuk memastikan kontinjen negara pulang dengan kejayaan telah disia-siakan.

Hasil siasatan pula tidak dibentangkan kepada orang ramai walhal ramai yang cepat melatah dan mengecam Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa serta atlet Ukraine Maksym Koval yang diisytiharkan pemenang pingat emas acara lontar peluru tersebut.

Nampak gayanya perkara ini semua tidak begitu penting kepada pihak yang berkenaan. Tindakan susulan pula lebih kepada janji.

Dalam era profesionalisme, mereka yang bertanggungjawab akan berundur diri. Tindakan tegas akan diambil.

Tetapi tidak di Malaysia.

Dengan nada yang sinis, langkah yang diambil untuk memperkenalkan surat aku janji tersebut agaknya tepat.

Ini kerana masih ada pegawai sukan di Malaysia masih belum erti maksud profesionalisme serta belum arif dalam menjalankan tanggungjawab dengan lebih teliti dan efektif. - Getaran, 11 November 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Umum Pertukaran Jawatan 10 Pegawai Kanan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pegawai APMM Dipercayai Hilang Ketika Mendaki Telaga Tujuh

4

Semasa 3 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Agensi Penguat Kuasa Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Kolum 16 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam