web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Tahan 2 Pegawai Agensi Penguat Kuasa Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 6:26PM

Azam Baki - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangladesh kerana disyaki menerima wang rasuah bagi pengeluaran Visa Luar Negara dan kemasukan pelancong serta pekerja Bangladesh ke negara ini.

Menurut sumber kedua-dua pegawai lelaki dan wanita itu, ditahan pada 17 April lepas sebaik hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“SPRM ada mengesan beberapa transaksi kemasukan wang yang mencurigakan ke dalam akaun bank kedua-dua suspek dan mereka telah diarahkan pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Mereka direman tiga hari bermula 18 April selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa (18 April),” menurut sumber itu.

Selain itu, sumber tersebut memaklumkan lebih 20 akaun bank yang melibatkan individu dan syarikat berkaitan telah diambil tindakan pembekuan.

Sehingga hari ini, pembekuan akaun dan penyitaan harta alih/tak alih melibatkan penyitaan lapan bidang tanah dianggarkan bernilai kira-kira RM3.1 juta, menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Saya tidak menolak kemungkinan terdapat lagi beberapa tangkapan lain akan dibuat selepas ini. SPRM juga sedang mengesan seorang individu bernama Siti Liyana Sakijan untuk membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jayaraj Rajan di talian 016-6371082. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad