web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Umum Pertukaran Jawatan 10 Pegawai Kanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:00AM

Noorsiah Mohd Saaduddin - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan 10 pegawai kanan termasuk  Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman SAC Tan Beng Yeow berkuat kuasa 24 Julai depan.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata jawatan baharu Tan ialah Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Pertukaran lain membabitkan Ketua Cawangan Khas Perak Datuk Shazeli Kahar yang akan dilantik menjadi Penolong Pengarah E1A, Cawangan Khas, Bukit Aman, juga memangku pangkat DCP.

Beliau berkata Penolong Pengarah E1C Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Dr Lim Joo Soon pula akan menggantikan posisi Tan, manakala jawatan Lim diganti Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas, Bukit Aman SAC Norhasni Hassan.

“Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman SAC Md Nazri Zawawi, akan menjadi Timbalan Ketua Polis Melaka. Posisi beliau akan digantikan Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak SAC Razali Mohamad,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Noorsiah berkata Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Kuching, Sarawak ACP Zulfikar Mohd Ghazali akan dilantik menjadi Komandan PULAPOL, Kuching, Sarawak dengan memangku pangkat SAC.

Beliau barkata ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor ACP Alina Saad pula akan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, juga memangku pangkat SAC.

Selain itu, Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Perak ACP Hishammudin Mohd Amin akan memangku pangkat SAC dengan menggantikan posisi Shazeli sebagai Ketua Cawangan Khas Perak yang baharu.

Beliau berkata Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor Supt Rudy Abdullah akan menjadi Timbalan Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri yang baharu, dengan memangku pangkat ACP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

3

Semasa 3 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad