web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai APMM Dipercayai Hilang Ketika Mendaki Telaga Tujuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 7:00PM

Mohd Ridhaudden Rosman dipercayai hilang semasa mendaki Telaga Tujuh, Gunung Matchincang di Langkawi petang semalam. - Gambar PDRM Langkawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dipercayai hilang semasa mendaki Telaga Tujuh, Gunung Matchincang di Langkawi petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Ridhaudden Rosman, 32, yang bertugas di Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) APMM Putrajaya itu pada pukul 12.47 tengah malam tadi.

"Motosikal yang digunakan (Mohd Ridhaudden) masih berada di kawasan letak kereta Telaga Tujuh dan kali terakhir dia memuat (naik) status (dalam media sosial) tiba di puncak Telaga Tujuh lebih kurang pukul 4.45 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shariman berkata pegawai APMM yang berada di Langkawi sempena penugasan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) itu turut berkomunikasi dengan isterinya melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 5.15 petang.

"Dia (dipercayai) pergi (mendaki) sendiri dan bukannya atas tugas," kata Shariman yang turut memaklumkan operasi mencari dan menyelamat pegawai itu melibatkan kekuatan aset darat dan udara.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), APMM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) iaitu seramai 23 pegawai dan 68 anggota selain 15 orang awam yang mahir tentang laluan kawasan Telaga Tujuh itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata pegawai itu dipercayai menuju ke lokasi pendakian selepas tamat penugasan pada tengah hari semalam sebelum tidak dapat dikesan rakan sebiliknya berdasarkan maklumat awal diterima pihaknya.

"Sepatutnya ada program malam (yang perlu beliau hadir bertugas) tetapi beliau tidak hadir dan rakan sebiliknya cuba menghubunginya tetapi tidak dapat dikesan, maka mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku dan kita menghantar anggota APMM untuk mencari dia.

"Setelah mencari di beberapa lokasi, kita menjumpai motosikal yang dipercayai dibawa oleh dia yang dipinjam daripada kawannya di sini (Langkawi) di kaki Gunung Matchincang dekat dengan kawasan Telaga Tujuh ini," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.

Saiful Lizan berkata khidmat malim gunung juga digunakan untuk mencari pegawai berkenaan sepanjang malam tadi termasuk pencarian di laluan yang dirasakan dilalui Mohd Ridhaudden. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

2

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad