web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadual Liga Padat Bimbangkan Jurulatih Sarawak

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 2:12PM

KCFC menewaskan Kelantan FC dengan jaringan 3-1 pada aksi tertunda Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang petang semalam. - Gambar ihsan KCFC

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Walaupun lega apabila anak buahnya berjaya menewaskan Kelantan FC dengan jaringan 3-1 dua hari lalu, jadual liga yang padat menimbulkan kegusaran terhadap Irfan Bakti Abu Salim.

Jurulatih Kuching City FC (KCFC) itu berkata, KCFC terpaksa mengharungi jadual liga yang padat selepas berehat panjang dalam saingan Liga Perdana akibat COVID-19, apabila perlu bermain dalam lima perlawanan.

“Alhamdulillah, KCFC berjaya mengutip tiga mata penting dalam perlawanan kompetitif pertama menentang Kelantan FC setelah berehat panjang sejak April lalu, kerana beberapa pemain perlu menjalani kuarantin COVID-19.

“Semua pemain telah memberi komitmen tinggi untuk memenangi perlawanan dalam keadaan cuaca yang cukup panas di Pasir Gudang,” katanya kepada Getaran hari ini.

Irfan berkata, kecergasan para pemain juga berada di tahap yang baik selepas menjalani latihan selama 10 hari. 

“Kita berjaya menyekat setiap pergerakan pemain utama Kelantan FC sepanjang perlawanan dan dapat menebus kehampaan tewas 1-0 di tangan Kelantan FC pada aksi pusingan pertama 10 April lalu.

“Selepas ini diharapkan semua pemain bersiap sedia untuk menghadapi setiap perlawanan hingga tamat liga. Ini tugas berat kerana mereka tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi,” jelasnya.

Dalam aksi tertunda Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) itu, KCFC selaku tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi Mohamad Alif Hassan, yang membuat sepakan lambung untuk memerangkap penjaga gol, Mohd Farizal Harun.

Bagaimanapun, skuad The Red Warrior bangkit menyamakan kedudukan menerusi Christos Intzidis pada minit ke-31, hasil hantaran sepakan percuma kapten Mario Blasco untuk menewaskan penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Dua minit selepas itu, KCFC kembali mendahului permainan selepas Mohd Farizal gagal menangkap kemas bola Mohd Irwan Syazmin Wahab yang kemudian disudahkan Michaeil Ijizie.

Pemain gantian, Joseph Kallang Tie menambah derita Kelantan FC dengan jaringan pada minit ke-56 separuh masa kedua perlawanan.

KCFC yang kini berada di tangga ke-10 liga mengumpul 13 mata selepas mengharungi 11 perlawanan setakat ini akan menentang Johor Darul Ta’zim II, di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada 25 Ogos ini. - Getaran, 22 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad