Berita Terkini

7 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Sambal Belacan 'Wahyu' Terkenal Di Singapura

Ketahui rahsia kejayaan jenama sambal belacan dan rempeyek Wahyu sehingga produk mereka begitu laris di pasaran Singapura.

Singapura Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 9:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama Wahyu sudah cukup terkenal sebagai pembekal sambal belacan, rempeyek serta pes di seluruh Singapura.

Ia terdapat di kebanyakan pasar, pasar raya, kedai-kedai Melayu dan bukan Melayu di seluruh Singapura sehingga rempeyek keluaran Wahyu kekadang ketiadaan stok di beberapa kedai, membuat para pembeli ternanti-nanti untuk membelinya.

Terdetik juga di hati penulis siapakah pengusaha Wahyu serta apakah rahsia kejayaan mereka sehingga membuatkan produk-produk mereka begitu laris dalam kalangan penggemar sambal belacan, rempeyek serta pes di pasaran?

Rupa-rupanya, perniagaan rempeyek dari rumah pada tahun 2004 oleh pengusaha Emilia Bte Rukimun menjadi titik-tolak kepada kejayaan Wahyu sehingga menjadi antara pembekal terbesar untuk produk-produk kegemaran masyarakat Singapura.

Emilia yang ditemui di pejabatnya bersama suami iaitu Norhashim Bin Hasan menjelaskan, “Saya cuba-cuba saja dengan rempeyek pada mulanya. Saya juga jual nasi lemak pada tahun 2004 sebab nak sara hidup ketika itu.”

Pengasas jenama Wahyu, Emilia Rukimun dan Norhashim Hasan. Gambar: Freda Hassan
Pengasas jenama Wahyu, Emilia Rukimun dan Norhashim Hasan. Gambar: Freda Hassan

 

Sambal Wahyu

Terdapat 11 pilihan sambal antaranya sambal belacan, sambal belacan bunga kantan, sambal belacan mangga, sambal ayam penyet, sambal ijo dan sambal balado.

Terang Emilia, “Kalau awak makan, awak dapat menjiwainya dan rasakan seolah-olah awak makan sambal belacan orang lama buat, tak pakai pengisar.

“Kita pakai mesin untuk buat sambal belacan tapi awak dapat rasakan aromanya. Untuk kesemua produk kami, lidah saya yang akan tentukan kesedapannya.”

Gambar: Freda Hassan
Gambar: Freda Hassan

Memang sedap sambal belacan Wahyu kerana penulis membelinya setiap minggu untuk disimpan dalam peti ais. Jujur, ia lebih sedap daripada sambal belacan yang disiapkan fresh oleh beberapa kedai makan yang menjual nasi padang.

Sehingga kini, sambal belacan, sambal kicap dan sambal mangga syarikat itu menjadi best seller dan menjadi piihan pembeli Cina khususnya sewaktu perayaan Tahun Baru Cina . 

Pelanggan Cina mewakili 40 peratus pembeli sambal belacan mereka kini.

 

Rempeyek Wahyu

Pembeli tak menang memilih daripada senarai yang ada, sama ada di kedai atau pembelian secara dalam talian. Antaranya, terdapat rempeyek kacang, gajus, bayam, peria, kuaci, labu dan tumpi.

Kongsinya lagi, “Kami perkenalkan rempeyek sihat seperti kuaci, peria dan labu agar ia lebih seimbang dan khusus untuk mereka yang alah pada kacang tanah.”

Setelah mencuba kesemuanya di pejabat Wahyu, penulis mendapati bahawa kesemua rempeyek Wahyu garing dan tidak ada bau tengik langsung. 

Mungkin ini yang membuat rempeyek Wahyu popular. Seakan-akan 'berhantu' jika dimakan, tidak boleh berhenti.

Apakah rahsia di sebalik keenakan rempeyek Wahyu?

“Kalau ada lagi banyak rempah seperti bawang putih, ketumbar dan buah keras , lagi sedaplah. Gunalah ikan bilis yang berkualiti, baru ia rangup. Kalau beli ikan bilis gred satu, bila buat rempeyek, akan jadi lagi sedap dan garing.

“Tepung juga tidak boleh disimpan lama. Kalau goreng guna tepung lama, ia akan menjadi bantut dan mengeras,” kata Emilia bersungguh-sungguh.

Keikhlasan berniaga dan tidak lokek menggunakan bahan-bahan berkualiti adalah penting tambahnya lagi.

 

Pes

Aneka pes seperti rawon, asam pedas, rendang, lemak cili padi, ayam masak merah, lodeh, soto, urab, sambal goreng dan bumbu pecal sangat memudahkan bagi ibu-ibu bekerja atau untuk mereka yang nak cepat.

Pes Wahyu mula diperkenalkan pada tahun 2016. Pes rendang, lemak cili padi, rawon dan asam pedas menjadi pilihan pelanggan sehingga kini sementara kaum Cina menjadikan pes rendang sebagai pilihan utama mereka.

Gambar: Freda Hassan
Gambar: Freda Hassan

Jelasnya, “Saya tak gunakan kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Pes kami adalah ala Indonesia yang gunakan buah pala.”

Sudah semestinya pasangan tersebut ingin membawa jenama Wahyu ke pasaran yang lebih luas lagi agar kesemua produk buatan Singapura mereka itu dapat dinikmati di luar negara juga.

Kongsi suaminya, Norhashim, “Kita cuma tunggu sempadan buka seperti Vietnam, Dubai dan China. Kita memang sangat teruja.

“Apabila saya ke Hong Kong, saya dapat tahu ramai pembantu rumah Indonesia mencari produk kami. Hong Kong dan Taiwan masih inginkan produk-produk yang rasanya ala Indonesia.”

Mereka mempunyai perancangan untuk memperkenalkan produk-produk baru seperti biskut cip coklat, biskut mentega dan roti bagelen.

Untuk melihat senarai penuh dan tempah produk-produk Wahyu, layarilah laman web rasmi Wahyu. - Getaran, 20 November 2021

Instagram: info.wahyubrand

Facebook: WahyuBrandOfficial

Gambar: Wahyu Brand, kecuali tertera

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 bulan yang lalu

5 Destinasi Popular Sabak Bernam Untuk Pelancong Domestik Dan Luar Negara

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Tak Mahu Beg Tangan Berjenama Mewah, Zizi Kirana Hanya Mahu Beli Kuda Baka Arab 

3

TARA 8 bulan yang lalu

Nikmati Juadah Tradisi Sambil Menggamit Memori Di Wak Private Kitchen

4

Karier 9 bulan yang lalu

Walaupun Renyah, Alfin Dan Zikri Seronok Jadi Penjual Pisang Goreng

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dari Penyayang Kepada Kejam, Sikap Berubah Kerana Pencetus Tertentu - Pakar

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Kemuka Permohonan Bertulis Untuk Bahas Laporan Polis Wan Fayhsal

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad Harimau Muda Julang Piala Merlion 2023