web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Susah Hati Kalau Tak Pandai Masak, Anda Pasti Boleh

Jika anda salah seorang yang baru ingin cuba-cuba masuk ke dapur, janganlah patah semangat. Ikuti tip berikut untuk pupuk keyakinan diri. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 2:05PM

Ada sahaja yang tidak kena, lauk termasin, terpedas, tawar atau lebih teruk lagi makanan menjadi hangit. - Gambar Olly _Fotolia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi sesetengah orang, memasak memang enteng. Campak-campak siap. Tetapi ramai juga yang tidak suka ke dapur kerana tidak pandai memasak. Ada sahaja yang tidak kena, lauk termasin, terpedas, tawar atau lebih teruk lagi makanan menjadi hangit. 

Bagaimanapun, memasak sebenarnya memberi banyak impak positif kepada kehidupan. Pertama, ia boleh membantu anda berjimat cermat. Walaupun makan atau membungkus makanan di luar lebih praktis, masak sendiri di rumah sebenarnya lebih jimat. Ini kerana anda boleh membeli stok makanan secara pukal dan gunakan sedikit-sedikit sehingga hujung bulan.

Mencabar diri itu bagus namun biarlah rasional. - Gambar hiasan
Mencabar diri itu bagus namun biarlah rasional. - Gambar hiasan

Yang kedua, memasak membantu untuk menjadi lebih sihat kerana anda boleh perhatikan berapa banyak gula, garam dan minyak yang digunakan. Kajian juga menunjukkan bahawa masak sendiri di rumah membuat pola pemakanan menjadi lebih baik.

Selain itu, memasak di rumah juga membuat mood lebih baik, bahkan dapat menghilangkan stres. Cuba tanya kawan-kawan yang gemar memasak, pasti ada di antara mereka yang bersetuju dengan kenyataan ini. 

Jika anda salah seorang yang baru ingin cuba-cuba masuk ke dapur, janganlah patah semangat. Ini ada beberapa hal atau langkah yang boleh membantu anda mengumpul keyakinan untuk melakukan kerja-kerja memasak. 

1) Masak hidangan yang mudah-mudah 

Mencabar diri sendiri itu memang bagus. Tetapi biar rasional. Rendang tok bukan untuk anda. Cuba buat masakan yang menggunakan sedikit bahan dan teknik yang sederhana. Ini kerana anda pasti memerlukan masa yang lebih lama membuat persediaan dan memasak, berbanding mereka yang sudah mahir. Lama-kelamaan nanti, pasti kemahiran memasak anda meningkat. 

2) Jangan takut gagal

Kegagalan adalah proses belajar untuk menjadi lebih baik. Terlupa masukkan garam, asam jawa atau sos ikan bukanlah satu tragedi. Rileks, ada cara untuk memperbaiki rasa hidangan anda. 

Jangan panik, jika berlaku kesilapan ada cara untuk membetulkan masakan anda. - Gambar hiasan
Jangan panik, jika berlaku kesilapan ada cara untuk membetulkan masakan anda. - Gambar hiasan

Jika kari ayam anda misalnya termasin, boleh masukkan lebih air atau santan untuk memperbaikinya. Jika tawar, boleh panaskan semula, dan letak sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang diidamkan. 

 3) Jangan pernah mengalah

Jika percubaan pertama anda tidak menjadi, janganlah berputusa asa atau bad mood. Practice makes perfect. Cuba dan cuba lagi, dan cuba ingat apa kesilapan yang telah anda lakukan ketika kali pertama memasak. Perlahan-lahan anda boleh mencuba masakan lain. 

Resipi dan langkah-langkah penyediaan bukan susah untuk didapati. Semuanya di hujung jari. Cari di Youtube atau platform media sosial lain. Sepanjang proses pembelajaran ini, pasti anda akan menemui tip dan trik yang boleh membuat masakan lebih sedap. Apabila sudah semakin selesa memasak, tak perlu lagi melihat resipi. 

 4) Anggap kritikan itu membina

Dikritik suami, anak-anak atau rakan-rakan? Janganlah sentap! Ingat kritikan yang membina boleh memperbaiki kemahiran memasak anda. Lebih baik orang di sekeliling anda bercakap jujur daripada memberi harapan palsu. 

5) Boleh guna pes atau campuran masakan sedia dimasak 

Dalam era moden ini, memasak menjadi semakin mudah kerana banyak keperluan masakan tersedia di pasaran. Ada pes masak lemak cili padi, ada pes kari ayam, ada pes sambal ikan bilis dan banyak lagi. 

Pelbagai jenis pes masakan boleh didapati di pasaran. - Gambar hiasan
Pelbagai jenis pes masakan boleh didapati di pasaran. - Gambar hiasan

Benar, harganya sedikit mahal, tetapi ia sangat membantu seandainya anda seorang yang bergelut dengan rutin harian yang padat. Bagaimanapun, hati-hati membuat pilihan kerana kebanyakan pes sedia untuk dimasak ini mempunyai bahan perasa yang tidak baik untuk kesihatan. 

Kesimpulan, memasak bukanlah sesuatu yang membebankan. Ada banyak cara untuk meningkatkan kemahiran, yang penting ia mestilah dilakukan dari hati. Bukan kerana terpaksa. Jika sudah jatuh cinta, anda tidak perlukan masa yang terlalu lama untuk menghasilkan makanan yang ‘wow’.  Ingat, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! - Getaran, 30 April 2023 

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Masak Di Stesen Minyak Hari Tu? Polis Tengah Cari!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Menu Air Tangan Permaisuri Untuk Penduduk Lahad Datu

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Kalau Sedang Stres, Jom Masak Untuk Legakannya

4

TARA 3 tahun yang lalu

5 Kudapan dari Malaysia Timur Memeriahkan Sambutan Kaamatan Dan Gawai

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini