web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Menu Air Tangan Permaisuri Untuk Penduduk Lahad Datu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 8:11AM

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memasak sambal ikan bilis berlada sewaktu tiba pada program Santapan Rakyat di Dewan Perdana, Lahad Datu semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkenan menyediakan empat menu ‘air tangan’ baginda iaitu ikan bilis masak kicap, ikan bilis masak asam, udang berlada dan bubur lambuk untuk penduduk Lahad Datu.

Baginda memasak juadah itu bagi Majlis Santapan Bersama Rakyat sempena Kembara Kenali Borneo di luar pekarangan Dewan Perdana di sini, yang menjadi tumpuan ratusan penduduk sekitar kerana ingin menyaksikan sendiri kepakaran Tunku Azizah yang amat dikenali dalam bidang masakan.

"Bilis banyak di sini, jadi saya masak menu ikan bilis masak kicap dan sedikit ikan bilis masak asam," titah Tunku Azizah sambil tangan baginda lincah memotong bawang putih, bawang besar dan lada merah.

Tunku Azizah, yang menyediakan masakan itu dengan bantuan petugas Istana Negara dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), juga berkenan memeriksa penyediaan bubur lambuk, malah menyukat serta memasukkan sendiri rempah ratus yang diperlukan dalam masakan yang dihidangkan kepada tetamu serta orang ramai yang hadir.

Timbalan Pengerusi Puspanita Lahad Datu, Mahasitah Amin berkata peluang membantu Raja Permaisuri Agong memasak adalah sesuatu yang tidak datang selalu dan mungkin sekali seumur hidup.

"Teruja tidak dapat digambarkan mendapat perkhabaran Puspanita membantu Raja Permaisuri Agong, ahli Puspanita lain turut gementar dan mula membuat persiapan sejak semalam lagi, kita juga bekerjasama dengan istana dan kita menyediakan segala bahan seada dan semampunya demi Tuanku Permaisuri," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata 31 ahli Puspanita menyediakan bahan masakan terutama daun lamiding yang menjadi bahan pilihan ramai dalam menyedapkan bubur lambuk.

"Daun lamiding sangat susah ditemui, ahli kami terpaksa masuk ke pelosok kampung untuk mencarinya dan dapatlah untuk hari ini sebagai antara bahan utama menu bubur lambuk Raja Permaisuri Agong," katanya.

Mahasitah berkata hari ini, ahli Puspanita turut memasak juadah seperti ayam kam cheong, kerabu peria dan ikan kari mamak untuk 300 petugas pada majlis santapan di dewan itu.

Penduduk Kampung Sri Aman, Ain Balkisyah Mat, 23, pula berkata beliau tertarik dengan gaya dan cara Tunku Azizah yang dilihatnya seperti kaum ibu yang memasak di dapur, selain amat pakar dalam mengendalikan perkakasan berkaitan.

"Saya bangga dapat melihat sendiri Raja Permaisuri Agong memasak, walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan ramai orang. Sebelum ini pernah melihat Tunku Azizah memasak dan baca berita hobi baginda yang suka memasak dan kini dapat melihat sendiri baginda memasak dan merasai air tangan Permaisuri," katanya.

Bagi penduduk Kampung Sepagaya, Fadhil Seli, 27, beliau cukup teruja dan bersyukur kerana dapat menikmati air tangan Raja Permaisuri Agong yang memasak udang berlada iaitu juadah kesukaannya.

"Terima kasih Tuanku kerana memasak sendiri empat jenis juadah walaupun dilihat mudah tetapi jika diteliti perjalanan Tuanku dari Tawau ke Lahad Datu bermula 8.30 pagi dan tiba petang di sini, dapat dibayangkan kepenatan namun masih kuat memasak," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berangkat melakukan perjalanan Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo adalah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Masak Di Stesen Minyak Hari Tu? Polis Tengah Cari!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Besar, Apa Dia Makan Agaknya Ek?

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad