web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Sedang Stres, Jom Masak Untuk Legakannya

Dana Farber Cancer Institute menjelaskan bahawa aktiviti memasak adalah peluang untuk menjadi kreatif, merangsang otak, dan juga berhubung dengan orang atau tempat yang tidak dapat anda lawati.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 9:34PM

Memasak boleh menjadi terapi untuk melegakan tekanan - gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memasak mungkin bukan perkara yang digemari oleh sesetengah orang. Namun, memasak sendiri di rumah adalah cara terbaik untuk memastikan anda mendapat nutrien dan khasiat yang betul untuk tubuh badan.

Lebih menguntungkan, memasak atau baking juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk melegakan, bahkan menghilangkan stres. Fakta ini dikongsi oleh Dana Farber Cancer Institute, yang menjelaskan bahawa aktiviti memasak adalah peluang untuk menjadi kreatif, merangsang otak, dan juga berhubung dengan orang atau tempat yang tidak dapat anda lawati.

Walaupun anda tidak menganggap diri anda seorang tukang masak, hanya dengan melangkah ke dapur, ia boleh menjadi pengalaman menggembiraka untuk badan dan minda anda. Berikut adalah sebab yang boleh membuatkan anda tertarik untuk menghilangkan stres dengan memasak.

Kotorkan tangan anda
Pemandangan dan bau dapur yang aktif ialah cara terbaik untuk merangsang semua deria. Sama ada anda sedang memotong bahan-bahan, mendengar periuk air mendidih atau mencium haruman kek atau biskut di dalam ketuhar, pengalaman deria ini ialah cara yang berkesan untuk melepaskan diri buat sementara waktu dari persekitaran yang membebankan.

Perkara yang anda buat atau bahan yang digunakan adalah kurang penting, tetapi ia boleh membantu untuk menyediakan walaupun sebahagian daripada hidangan anda. Hanya dengan memotong buah-buahan atau sayuran, ia membolehkan anda melibatkan diri dengan bahan yang anda gunakan.

Bagi sesetengah orang, memotong boleh menjadi meditasi, dan jika itu berlaku, jangan takut untuk memotong, menghiris dan memotong bahan-bahan tambahan supaya anda boleh snacking ketika memasak.

Memasak bersama insan tersayang membantu mengeratkan hubungan - gambar Unsplash
Memasak bersama insan tersayang membantu mengeratkan hubungan - gambar Unsplash

Membangkitkan memori
Bagi banyak orang, makanan membawa ikatan emosional. Saat kita meraikan sesuatu, sedang sedih, atau sedang sakit, pasti ia menglibatkan makanan. Aroma atau rasa sesuatu hidangan boleh membawa seseorang merentasi masa.

Penulis sendiri contohnya, setiap kali menjamah apam balik, pasti akan teringatkan kenangan manis dengan arwah ayah yang menggemari hidangan manis ini. Begitu juga dengan sepinggan mi goreng, ada kisah lucu yang terlintas di fikiran. Dek itulah memasak masakan yang penuh memori boleh menjadi terapi untuk melepas stres dan memperbaiki mood.

Masak bersama insan tersayang dah juga teman rapat juga sangat bagus untuk mengeratkan hubungan. Ini kesempatan untuk saling berinterakasi, dan meluangkan masa berkualiti bersama. Selain membangkitan memori, anda juga sebenarnya mencipta memori baru ketika memasak!

Jadilah kreatif
Sama ada bereksperimen dengan hidangan asli atau mencipta semula kegemaran dengan bahan baharu, cubalah menjadi kreatif. Ketika membuat belian bahan-bahan untuk memasak, pilihlah sesuatu yang anda tidak pernah gunakan sebelum ini.

Kemudian, cari cara untuk menyediakannya. Pernah dengar istilah ‘campak-campak, menjadi’? Inilah masanya untuk anda menyerlahkan kreativiti. Ia cara terbaik untuk melepaskan tekanan dan merangsang bahagian otak yang berlainan.

Masak hidangan yang menggembirakan anda
Memang benar kita perlu mengambil makanan berkhasiat, tetapi tidaklah semua yang anda masak mesti ‘sihat’. Sediakan makanan yang anda suka dan berminat untuk membuatnya. Jika hanya memilih hidangan yang anda tahu anda tidak akan menikmatinya, aktiviti yang sepatutnya melegakan tekanan, akhirnya bertukar menjadi aktiviti yang membosankan serta memenatkan.

Ingat, ada banyak hidangan yang boleh diubah suai mengikut kegemaran masing-masing.

Contohnya gunakan spageti untuk membuat mi kari, gunakan susu untuk mengantikan santan dan banyak lagi cara-cara yang menyeronokkan.

Mungkin anda boleh tukarkan campuran coklat dalam biskut dengan serbuk kopi!

Menkadi kreatif ketika menyediakan memasak boleh merangsang bahagian otak yang berlainan - gambar Unsplash
Menkadi kreatif ketika menyediakan memasak boleh merangsang bahagian otak yang berlainan - gambar Unsplash


Mulakan dengan hidangan mudah
Janganlah terlalu gementar apabila hendak masuk ke dapur. Kalau masakan tidak menjadi itu perkara biasa bagi seorang pemula. Memasak hidangan ialah pengalaman yang memberangsangkan dan semua orang boleh mencuba.

Sebagai seorang yang tidak betah memasak, apa yang boleh anda lakukan ialah mulakan dengan menyediakan makanan yang mudah dan ringkas. Sup ayam, kek cawan dan agar-agar antara hidangan yang mudah untuk disediakan.

Jadi tunggu apa lagi? Jom masak! - Getaran, 20 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 8 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

2

Gaya 2 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

3

Gaya 5 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN