web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Mahu Beg Tangan Berjenama Mewah, Zizi Kirana Hanya Mahu Beli Kuda Baka Arab 

Jika wanita lain menginginkan beg tangan berjenama mewah sebagai koleksi peribadi, Zizi Kirana pula mahukan seekor kuda. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 2:05PM

Gambar dari Instagram Zizi Kirana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Zizi Kirana mengakui bahawa dia menyimpan hasrat untuk membeli seekor kuda memandangkan dia kini sedang aktif dalam sukan menunggang kuda. 

“Saya ada menyampaikan hasrat ini kepada suami. Saya beritahu padanya, sayang saya tak mahu beg tangan Hermes atau Chanel, saya mahu seekor kuda,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Faztival Fazura. 

Kongsi pelantun lagu EH! Ini lagi, kuda yang mahu dibeli adalah sejenis baka arab dan bernilai RM100,000.

"Dalam banyak-banyak kuda, kuda arab punya tenaga lain macam bila kita tunggang. Badan kuda arab juga gagah disebabkan itu ia menjadi kuda tunggangan Nabi Muhammad SAW. Jadi saya juga nak rasa pengalaman seperti mana Rasulullah menunggang kuda seperti itu. 

“Saya ada tanya pada jurulatih, katanya kuda arab yang paling terbaik ada jual di Australia. Tetapi harganya lebih mahal kerana perlu kira kos logistik dan sebagainya,” kongsinya. 

Ditanya apa yang membuatkan dirinya menceburi hobi baru ini, kata Zizi dia terinspirasi dari Faizal Tahir yang turut memiliki dua ekor kuda.

“Sebenarnya saya sudah lama teringin untuk menunggang kuda. Tetapi ketika itu saya fikir mesti mahal kalau nak naik kuda ni. Rupanya, yuran untuk menghadiri kelas menunggang kuda tidaklah mahal mana. 

“Lagi satu sebab saya mahu melakukan aktiviti menunggang kuda kerana mahu mengikut sunnah nabi. Saya mahu rasa pengalaman macam mana sahabat-sahabat nabi turun berperang menunggang kuda. Fatimah Al Zahra merupakan seorang perempuan yang menunggang kuda dan memanah,” ujarnya. 

Selain belajar menunggang kuda, Zizi juga berhasrat untuk belajar sukan memanah tidak lama lagi. Semoga impian Zizi untuk memiliki kuda sendiri dimakbulkan Tuhan. – Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Khidmat Unit Anjing Pengesan FRU Diaktifkan Tahun Depan

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN