web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Disebabkan itu, Mawi memberitahu, dia terpaksa menambah kos pembikinan sebanyak RM300,000 ribu untuk kegunaan pos-produksi dan promosi untuk filem tersebut. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 4:00PM

Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang kini bergelar penyampai radio, produser dan pengarah filem, Asmawi Ani atau Mawi memaklumkan bahawa filem terbaru arahannya, Zim Zim Ala Kazim bakal ditayangkan di pawagam pada hujung tahun ini. 

“Asalnya saya buat filem ini untuk tayangan di Astro First. Tapi, bila saya buat prebiu secara tertutup baru-baru ini, saya dapat maklum balas daripada pihak funder dan pengedar filem bahawa Zim Zim Ala Kazim berpotensi untuk ditayangkan di pawagam. 

“Susulan daripada itu, kita baru saja membuat perjumpaan untuk membincangkan tentang perkara ini. Tapi, bila ke panggung, prosesnya lain pula. 

“Sebab, awalnya saya syut filem ini menggunakan spesifikasi untuk tayangan TV. Tapi, disebabkan saya syut menggunakan resolusi kamera 6K, tiada masalah sangat dari sudut visual. 

“Tapi dari sudut audio, ia mungkin sedikit menjejaskan kualiti dan kita perlu melakukan semula proses dubbing, kena bersihkan audio dan ambience. Ia memang mengambil sedikit masa. 

“Insya Allah, saya akan cuba memutakhirkan segalanya ada hujung bulan ini. Kemudian terus akan ke wajib tayang dan paling cepat kita boleh tayangkan adalah pada bulan November,” katanya.

Kos sebanyak RM800,000 ribu untuk sebuah filem ke panggung memang sudah dianggap terlalu murah. - Gambar oleh Ellyna Ali
Kos sebanyak RM800,000 ribu untuk sebuah filem ke panggung memang sudah dianggap terlalu murah. - Gambar oleh Ellyna Ali

Menurut Mawi lagi, disebabkan pertukaran tayangan dari skrin TV ke panggung, penambahan kos akan jadi lebih besar terutama dari sudut pos-produksi. 

“Mujurlah pada awalnya kita syut untuk TV, jadi kosnya sudah rendah situ yang mana ia hanya menggunakan bajet sekitar RM500,000 ribu sahaja. 

“Untuk penambahan kos produksi dengan promosi, kita memerlukan tambahan kos sekitar RM300,00 dan itu sudah kira paling jimatlah. Jadi, total kos keseluruhan filem ini adalah RM800,000,” jelasnya. 

Mawi juga menjelaskan bahawa kos sebanyak RM800,000 ribu untuk sebuah filem ke panggung memang sudah dianggap terlalu murah. 

“Sebab kalau hendak buat filem sahaja dengan dan tidak  masuk kos promosi, sekurang-kurangnya bajet sebanyak RM1 juta atau RM1 juta lebih memang diperlukan. 

“Itu melibatkan cerita-cerita biasa sahaja. Kalau untuk filem yang letup-letup dan yang bergenre aksi, bajet memang kena lagi besar dan tinggi,” terang Mawi lagi. 

Biarpun tidak berdepan dengan isu kualiti gambar, namun Mawi mengakui, jauh di sudut hati, dia sebenarnya tidak rasa begitu puas apabila Zim Zim Ala Kazim ditayangkan di panggung.

Zim Zim Ala Kazim filem ketiga arahan dan diterbitkan Mawi selepas Hantu Kuat Ketawa pada 2022 dan Tiada Tajuk (2019). - Gambar Ellyna Ali
Zim Zim Ala Kazim filem ketiga arahan dan diterbitkan Mawi selepas Hantu Kuat Ketawa pada 2022 dan Tiada Tajuk (2019). - Gambar Ellyna Ali

“Sebab waktu saya syut saya memang bayangkan ia untuk tayangan TV. Tapi setelah mendapat khidmat nasihat daripada orang-orang disekeliling yang lebih berpengalaman, mereka kata okay. 

“Ertinya, penonton tidak akan kecewa membayar duit untuk membeli tiket dan menonton filem ini,” tuturnya.  

Tentang beberapa filem Melayu tempatan yang sepatutnya ditayangkan di Astro First tetapi kemudian ditayangkan di panggung dan gagal mencapai kutipan yang baik, Mawi menjelaskan, dia percaya dengan karya filem terbaharunya, Zim Zim Ala Kazim itu. 

“Saya dah pun dapat beberapa komen yang daripada mereka yang sudah pun menonton filem ini. Lagipun ini adalah filem tentang kisah benar tentang Ustaz Kazim Elias mengenai penyakit misteri da cabaran yang dilaluinya dalam berdakwah,” katanya. 

Zim Zim Ala Kazim filem ketiga arahan dan diterbitkan Mawi selepas Hantu Kuat Ketawa pada 2022 dan Tiada Tajuk (2019). – Getaran, 12 Mei 2023 


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Giliran Ustaz Kazim Elias Muncul Dalam Filem, Zim Zim Ala Kazim Di Pawagam Jun Hadapan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa