web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khidmat Unit Anjing Pengesan FRU Diaktifkan Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 2:23PM

Anggota Polis Diraja Malaysia mengadakan demonstrasi mengawal perhimpunan atau rusuhan pada majlis perasmian penutupan Kursus Asas Menunggang Kuda PSP siri 2/2023 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan di Cheras hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) yang akan digunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi penugasan di kawasan rusuhan bakal dilaksanakan awal tahun depan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata FRU sudah diberi kelulusan untuk mendapatkan 10 ekor anjing K9 yang dikenali sebagai anjing rusuhan bagi tujuan mengawal ketenteraman sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. 

"Insya-Allah tahun depan kita akan mulakan .... Kita tidak mahu FRU ini dipandang jaga rusuhan sahaja, kita mahu pelbagai tugas iaitu untuk risikan dan pencegahan khas dalam menjaga keamanan atau terlibat dengan majlis yang besar serta bencana. 

"Kita juga dalam proses meningkatkan kemahiran dalam FRU ini supaya sekurang-kurangnya setanding dengan pasukan Smart Team," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian penutupan Kursus Asas Menunggang Kuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) siri dua 2023 di Markas PSP di sini hari ini. 

Beliau berkata khidmat anjing dalam penugasan rusuhan dan menjaga keamanan sangat diperlukan kerana naluri manusia akan timbul perasaan takut apabila melihat anjing.

Hazani turut mencadangkan untuk menubuhkan pasukan khas anjing pengiring dalam penugasan mengiring.

"Dari segi kemahiran melatih anjing berkenaan, kita akan belajar dari negara luar kerana sebelum ini ada situasi yang berlaku di Perancis yang anjing terbabit membantu menyelamatkan tebusan,” katanya.

Terdahulu, Hazani menyampaikan lencana tamat latihan kepada 30 anggota FRU yang berjaya menamatkan Kursus Asas Menunggang Kuda. 

Sementara itu, mengulas mengenai situasi Pilihan Raya Negeri (PRN), Hazani berkata proses berkempen dan mengundi berlangsung dengan lancar di enam negeri terlibat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 

"Ini ialah PRN yang cukup aman dan tenteram kerana rakyat Malaysia cukup matang. Kita juga berterima kasih kepada petugas (pegawai dan anggota polis) dalam PRN kali ini yang mengharungi penugasan dengan baik," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan