Sabak Bernam ialah sebuah daerah di Selangor yang terkenal dengan persekitaran semula jadi yang indah dan kaya dengan hasil pertanian atau agro pelancongan. Ia merupakan 5 destinasi popular untuk pelancong domestik mahupun luar negara untuk mengalami pengalaman budaya tempatan di Selangor.
Jika anda merancang perjalanan ke sana, perjalanan ke detinasi ini akan menawarkan anda gabungan tarikan budaya dan alam semula jadi di daerah Sabak Bernam, serta peluang untuk berehat di penginapan unik dan menikmati masakan tempatan.
Galeri Padi Sekinchan
Kunjungi Galeri Padi Sekinchan dan pelajari tentang sejarah dan budaya pertanian padi di bandar ini. Bagi meraikan warisan pertanian yang kaya di sini, galeri ini menampilkan pameran tentang proses pertanian padi serta paparan interaktif untuk dinikmati pengunjung.
Pengunjung juga boleh mempelajari tentang pelbagai jenis beras padi, dan melihat peralatan tanaman padi tradisional. Galeri ini juga mempunyai pemandangan sawah padi yang indah untuk mengambil gambar.
Di penghujung lawatan, pengunjung boleh membeli beras dan snek tempatan di kedai mereka. Para pengunjung juga wajib mencuba cendol beras perang mereka yang menyegarkan!
Ah Ma House
Ah Ma House, juga dikenali sebagai "rumah nenek" ialah kedai yang terletak di pinggir Sekinchan yang menawarkan suasana yang unik dan nostalgik untuk pengunjung. Kedai ini dihiasi sepenuhnya dengan perabot serta peralatan vintaj dan tradisional yang merupakan artifak sebenar sejak tahun 50-an.
Kedai ini menawarkan kuih kapit asli bersama dengan kuih tradisional Malaysia yang lain, biskut dan pencuci mulut. Ah Ma House menghasilkan produk-produk mereka di kedai tersebut setiap hari bagi memastikan kualitanya terjaga.
The Triangle Farm Cottage House
The Triangle Farm Cottage House ialah homestay unik yang terletak di tengah-tengah sawah padi di Sekinchan.
Ia menawarkan penginapan satu malam yang berpatutan dan sesuai untuk seisi keluarga, kerana ia mempunyai kemudahan seperti kolam renang, karaoke dan bilik permainan serta anda juga boleh menyewa basikal untuk menerokai sawah padi di sekitarnya.
Villa Chee Sekinchan
Villa Chee Sekinchan ialah sebuah resort terpencil yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang indah. Resort ini menawarkan pelbagai pilihan bilik berhawa dingin untuk menampung saiz sekumpulan pengunjung dengan bajet yang berbeza.
Para tetamu juga boleh menggunakan kemudahan resort, seperti kolam renang, jungle gym, dan restoran di lokasi ini iaitu Seafood D'Bendang yang menyajikan makanan laut segar. Dengan persekitaran yang sesuai untuk Instagram, Villa Chee Sekinchan ialah destinasi yang ideal untuk percutian anda!
Nazbell Cottage, Sungai Besar
Nazbell Cottage adalah homestay yang terletak di Sungai Besar dan menawarkan pengalaman tempatan yang unik dimana anda boleh menikmati masakan tradisional, menaiki ATV dan berbasikal melalui sawah padi.
Selain itu, Sungai Panjang Agro Tourism juga menawarkan pakej bagi tetamu berpeluang untuk menyertai aktiviti pertanian, seperti memetik sayur-sayuran di ladang, dan melawat perniagaan kecil untuk melihat proses pembuatan produk. - Getaran, 22 Januari 2023