web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Kritikal Jatuh Bangunan: Siasatan KPM Ambil Kira Segenap Aspek

Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2025 9:17PM

Dr Mohd Azam Ahmad - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan kes pelajar tingkatan tiga yang kini kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, Selangor akan mengambil kira segenap aspek.

Memberikan jaminan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, siasatan mencakupi semua elemen termasuk kemungkinan wujud pergaduhan, gejala buli atau unsur lain.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan sentiasa bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan penuh kejadian. 

“KPM percaya pihak polis akan dapat melaksanakan tanggungjawab dan tugas dengan baik dan akhirnya akan memberikan laporan siasatan yang terperinci berhubung dengan kejadian yang berlaku ini," katanya, seperti dilaporkan BERNAMA.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Jelas Mohd Azam, siasatan dikendalikan KPM turut akan melihat jika pihak sekolah mematuhi Garis Panduan Sekolah Selamat, berkaitan dengan pengendalian kes buli dan juga gangguan seksual atau sebaliknya. 

Katanya, kementerian juga mengambil maklum dakwaan kelewatan pihak sekolah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada keluarga mangsa. 

“Ketika berdepan kecemasan, keutamaan diberikan guru kepada pelajar itu, untuk dibawa ke hospital dengan segera.

"Kementerian difahamkan ambulans tiba di sekolah pada 3.20 pagi dan murid terbabit tiba di Hospital Sabak Bernam 20 minit selepas itu. Tiba di hospital, barulah dimaklumkan kepada bapa pelajar,” katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan tersebut mungkin dilihat sebagai satu kelewatan namun hakikatnya, ia adalah perkara yang wajar dilakukan berdasarkan garis panduan Sekolah Selamat.

“Dalam garis panduan Sekolah Selamat itu, kita berikan tumpuan untuk keselamatan dahulu," katanya.

Ditanya mengenai perkembangan terkini mangsa, beliau memberitahu, pelajar terbabit menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh itu dan kini sedang ditidurkan.

"Saya ada melawat pelajar berkenaan dan daripada taklimat diberikan pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh yang mengendalikan kes ini, fokus adalah pada kecederaan kepala dan otak pelajar," katanya.

Susulan kejadian juga jelas beliau, Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah berkenaan telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai.

"Penempatan sementara Pengetua, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada tekanan emosi berikutan dengan kejadian yang berlaku.

"Langkah ini dapat meleraikan sedikit tekanan seterusnya memudahkan siasatan dalaman dilakukan oleh KPM berhubung dengan pematuhan garis panduan, prosedur berkaitan dengan Sekolah Selamat dan urusan pengendalian buli serta gangguan seksual yang ada pada peringkat kementerian," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. - Getaran, 26 Ogos 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Disyaki Jadi Mangsa Buli, Pelajar Tingkatan 3 Kritikal

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kereta Terbabas, Mayat Anggota Tentera Laut Ditemukan Dalam Parit

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Teman Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil

4

TARA 3 tahun yang lalu

5 Destinasi Popular Sabak Bernam Untuk Pelancong Domestik Dan Luar Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang