web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kereta Terbabas, Mayat Anggota Tentera Laut Ditemukan Dalam Parit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:45PM

Mayat Mohamad Khair Mahat ditemukan dalam Perodua Kelisa oleh orang awam yang memotong rumput di kawasan kejadian dan kereta tersebut dipercayai telah terbabas ke dalam parit berkenaan. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mayat seorang anggota tentera laut ditemukan orang awam di dalam parit berhampiran Hotel Sri Bernam, Sabak Bernam, kira-kira 120 kilometer dari sini.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat Mohamad Khair Mahat, 28, ditemukan dalam Perodua Kelisa oleh orang awam yang memotong rumput di kawasan kejadian dan kereta tersebut dipercayai telah terbabas ke dalam parit berkenaan.

Beliau berkata pihak bomba bertindak mengeluarkan mayat itu setelah kereta tersebut dinaikkan dari parit yang berkedalaman dua meter menggunakan jentolak, susulan panggilan yang diterima pada 4.23 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat di dalam sebuah kereta pada Kilometer 34, Jalan Teluk Intan-Klang, hari ini.  

Agus Salim berkata siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada 21 Mei lepas sekitar pukul 4 hingga 5 pagi dan sebelum kejadian, mangsa telah bertolak dari Jempol lebih kurang 12.05 tengah malam menuju ke tempat kerjanya di Lumut.

“Dipercayai mangsa telah gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu terbabas dan terjunam ke dalam parit tersebut,” kata Agus Salim dalam kenyataan.

Beliau berkata laporan polis telah dibuat oleh isteri mangsa keesokan harinya pada 8.54 pagi di Balai Polis Bandar Seri Jempol setelah dimaklumkan mangsa tidak hadir bertugas di markasnya dan gagal dikesan. 

“.. kali terakhir isterinya berhubung (dengan mangsa) menerusi pesanan di aplikasi WhatsApp pada 1.30 pagi, 21 Mei lalu.

“Ketika itu, mangsa memaklumkan keberadaannya di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban Utara. Sekitar 5 pagi, isterinya cuba menghubungi mangsa namun gagal,” katanya.

Katanya mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Berita Berkaitan

1

10 bulan yang lalu

Pelajar Kritikal Jatuh Bangunan: Siasatan KPM Ambil Kira Segenap Aspek

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Disyaki Jadi Mangsa Buli, Pelajar Tingkatan 3 Kritikal

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad