web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2024 8:05AM

Mayat itu dijumpai dalam keadaan terlentang dan terbakar serta mula menggelembung di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang semalam. – Gambar IPD Arau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR – Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki yang identitinya sedang dikenal pasti itu daripada orang awam melalui panggilan telefon pada 6.33 petang.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu ditemukan meninggal dunia di halaman rumah oleh orang awam yang sedang melalui kawasan bangunan MPK (Majlis Perbandaran Kangar) yang terletak bersebelahan dengan kawasan rumah terbabit.

"Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dan terbakar serta mula menggelembung. Anggaran tempoh kematian lelaki ini lebih kurang tiga hari," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ahmad Mohsin berkata lelaki itu dipercayai seorang pemotong rumput upahan dan disyaki mesin rumput yang ada di halaman rumah itu terbakar dan menyambar tubuh mangsa.

"Tiada unsur jenayah dikesan dan tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh lelaki itu ... mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat esok (hari ini)," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar