web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Disyaki Jadi Mangsa Buli, Pelajar Tingkatan 3 Kritikal

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2025 5:06PM

Gambar Sinar Harian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Tingkatan Tiga kritikal selepas dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama di Sabak Bernam, Selangor. 

Ibu mangsa, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, berkata anaknya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, dilaporkan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, hasil imbasan CT mendapati anaknya mengalami pendarahan pada kedua-dua bahagian otak, rahang patah serta kecederaan di paru-paru.

“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, sepatutnya ada patah tulang rusuk. Tapi laporan perubatan tunjuk rahang dia yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.

Berikutan kejadian itu, Siti Muhaini membuat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam pada jam 5 pagi tadi.

Beliau juga dimaklumkan bahawa lima pelajar telah ditahan untuk siasatan, namun setakat ini tiada seorang pun tampil memberikan keterangan.

Pada masa sama, Siti Muhaini turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lambat memaklumkan kepada waris tentang kejadian tersebut.

“Pihak keluarga hanya dimaklumkan jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku sekitar 2 pagi. Warden kata Irfan jatuh selepas makan mi segera.

“Tapi dalam laporan perubatan, tiada kesan makanan dalam perut,” katanya.

Ditanya sama ada Irfan pernah mengadu tentang masalah di sekolah, beliau menjelaskan anaknya seorang yang ceria dan aktif.

“Sebelum ini, dia tak pernah sebut ada masalah dengan kawan. Irfan aktif, malah dia memegang jawatan dalam Biro Agama asrama,” katanya.

Terkini, Irfan sedang dirawat di hospital dan masih berada di bawah pemantauan rapi.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes tersebut.

Menteri berkenaan, Fadhlina Sidek berkata, pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden sekolah berkenaan telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga siasatan selesai.

“Saya ambil maklum berkenaan insiden melibatkan seorang murid di sebuah sekolah di Selangor.

“Murid tersebut kini sedang menerima rawatan di hospital. Laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tegas beliau, kementerian akan memastikan siasatan terperinci dilakukan melibatkan semua aspek termasuk dakwaan buli.

“Saya doakan agar anak ini diberi kesembuhan segera dan keluarga dikurniakan ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya. - Getaran, 26 Ogos 2025

Berita Berkaitan

1

10 bulan yang lalu

Pelajar Kritikal Jatuh Bangunan: Siasatan KPM Ambil Kira Segenap Aspek

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kereta Terbabas, Mayat Anggota Tentera Laut Ditemukan Dalam Parit

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Teman Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil

4

TARA 3 tahun yang lalu

5 Destinasi Popular Sabak Bernam Untuk Pelancong Domestik Dan Luar Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar