web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasas Sugarbook Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 9:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Polis Selangor menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji kontroversi Sugarbook, petang semalam.

Lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan di Mont Kiara di sini menerusi Operasi Sugarbook yang dilancarkan kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Mengesahkan penahanan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata permohonan perintah reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan suspek mengakui adalah pengasas aplikasi Sugarbook.

"Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan.

Fadzil berkata, siasatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

“Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima. Sehingga hari ini sebanyak 74 laporan dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara berkaitan kes ini,” katanya.

Sugarbook ialah laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan mencari peneman dalam kalangan wanita muda atau sugar baby, khusus sebagai pasangan sosial lelaki berusia dan berharta, juga dikenali sebagai sugar daddy.

Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia, bagi negara mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.

Sebelum ini aplikasi berkenaan mendedahkan, ia turut memiliki lebih 400,000 keahlian dengan 220,000 daripadanya adalah penuntut institusi pengajian tinggi , 180,000 sugar daddy dan 6,000 sugar mummy di Malaysia.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis bertindak membuka kertas siasatan selepas menerima laporan.

Tinjauan Getaran mendapati, laman sesawang Sugarbook tidak boleh diakses sejak kelmarin, dipercayai selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima desakan daripada pelbagai pihak untuk menyekat laman berkenaan. - Getaran, 18 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

3

TARA 3 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bakal Haji Perlu Muat Turun Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar