web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Haji Perlu Muat Turun Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 3:02PM

Aplikasi Saudi Visa Bio adalah satu lagi inovasi baharu diperkenalkan kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun ini, bertujuan untuk memudahkan permohonan visa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua bakal haji diminta memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio pada telefon pintar masing-masing, bagi tujuan permohonan visa bakal haji ke Arab Saudi pada tahun ini.

Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, keperluan itu susulan kerajaan Arab Saudi sudah menguatkuasakan penggunaan aplikasi berkenaan.

Katanya, aplikasi itu boleh dimuat naik sendiri di telefon pintar masing-masing, sama ada menerusi Google Play Store atau Apple App Store.

“Proses muat naik itu merangkumi empat kaedah mudah, iaitu melengkapkan alamat emel, memuat naik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia, imbasan muka dan imbasan 10 jari (biometrik).

“Bakal haji akan menerima emel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi tersebut melalui emel didaftarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bakal haji juga diingatkan untuk terus menyerahkan pasport mereka kepada TH, setelah mendapat pengesahan itu.

Menurutnya, penyerahan dokumen itu bertujuan membolehkan TH memproses visa haji mereka.

Syed Saleh berkata, aplikasi Saudi Visa Bio adalah satu lagi inovasi baharu diperkenalkan kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun ini, bertujuan untuk memudahkan permohonan visa, selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah.

“Malaysia adalah antara lapan negara terawal di dunia, selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Morocco yang dipilih untuk projek perintis ini.

“Ia mengambil kira reputasi Malaysia sebagai antara pengendali haji terbaik dunia yang menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan kemudahan dari kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio ini, ujarnya, individu boleh melayari laman web rasmi TH di www.tabunghaji.gov.my atau media sosial rasmi TH.

“Sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 untuk perkhidmatan TH yang lain,” katanya. – Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad