web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 9:29AM

Sisterhood Alliance memperkenalkan aplikasi Safecity yang dibangunkan di India bertujuan menjadi platform mangsa kejadian seumpama ini untuk “bersuara” tanpa gusar. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap hari Ros (bukan nama sebenar) menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, tetapi pada satu hari beliau mengalami pengalaman menjijikkan apabila seorang lelaki bertindak di luar dugaan dengan menunjukkan alat sulitnya ketika berjalan ke stesen tren. 

Walaupun trauma dengan kejadian itu, Ros mengakui takut dan malu untuk bercerita dan mengadu kepada sesiapa hal berkenaan selain berasa tidak selamat untuk berjalan ke tempat sama yang menjadi rutinnya selama ini. 

Perkara ini merupakan antara contoh gangguan seksual yang dialami ribuan mangsa, namun mungkin dipandang enteng menyebabkan kejadian itu berulang kepada mangsa baharu.

Rentetan itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisterhood Alliance memperkenalkan aplikasi Safecity yang dibangunkan di India bertujuan menjadi platform mangsa kejadian seumpama ini untuk “bersuara” tanpa gusar. 

Presiden NGO itu Radziah Razi berkata menerusi aplikasi berkenaan, masyarakat dapat berkongsi pengalaman sama ada menjadi sasaran atau menyaksikan kejadian berkaitan gangguan atau serangan seksual serta menanda (pin point) lokasi kejadian.

Radziah berkata data itu akan digunakan sebagai kajian untuk mengenal pasti trend gangguan seksual yang dialami mangsa dalam usaha menjadikan kawasan berkenaan lebih selamat pada masa depan. 

“Dengan pin point lokasi kejadian, kami dapat mengenal pasti hotspot (lokasi panas) dan mengumpul data berkenaan kejadian dan seterusnya berhubung dengan pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian. 

“Misalnya jika kita buat aduan di lokasi sama, dan antara punca ialah jalan yang gelap, jadi kita akan behubung dengan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk menambah lampu jalan,” katanya. 

Menyedari sikap ramai mangsa yang enggan membuat laporan kepada pihak berkuasa dek pelbagai faktor termasuk kerenah birokrasi, Radziah berkata aplikasi ini menjadi tempat untuk berkongsi cerita yang sekali gus mengumpul dan menyalur maklumat. 

“Terdapat pelbagai jenis gangguan seksual, jika seseorang merenung mangsa dari atas ke bawah dan membuat seseorang individu tidak selesa juga sudah dikira sebagai gangguan seksual.

“Bagi kes seperti itu biasanya orang tak mahu sampai buat laporan, tetapi ia tetap memberi kesan kepada emosi mangsa,” katanya sambil menambah bahawa aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma. 

Katanya, platform itu juga diharap dapat menjadi tempat perkongsian supaya mangsa tidak rasa keseorangan untuk mengatasi trauma selain mencegah kejadian gangguan seksual dengan mengingatkan masyarakat tanpa mengira jantina untuk sentiasa berwaspada. 

Radziah berkata pihaknya juga telah melaksanakan projek kesedaran gangguan seksual antaranya dengan memperkenalkan kegunaan aplikasi itu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara bermula 29 Nov 2021 hingga 14 Mei 2022 bertujuan mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 kisah gangguan seksual oleh peserta, meningkatkan kepimpinan dan mengurangkan data gangguan seksual. 

Beliau berkata NGO berkenaan menyasarkan untuk mengumpul 500 kisah tentang situasi itu dalam usaha mendapatkan data bagi membantu masyarakat menangani masalah sosial itu menerusi pelbagai program libat urus.

“Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2018, kami hanya dapat mengumpul 150 cerita, jadi kami harap  lebih ramai yang akan menyedari kewujudan dan kegunaan aplikasi ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad