web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

Gunakan lima aplikasi mudah ini jika anda ingin bercuti pada musim perayaan untuk memastikan perbelanjaan dan perjalanan yang lebih teratur dan menjimatkan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 11:00AM

Klook antara aplikasi yang bolah anda muat turun sebagai persediaan awal dalam merancang percutian di musim perayaan. - Semua gambar ihsan Mutant

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, kebiasaanya rakyat Malaysia akan merancang dan memohon cuti untuk pulang ke kampung halaman tidak ada perkara yang lebih menyeronokkan apabila  dapat berkumpul bersama seisi keluarga pada hari mulia ini. 

Namun begitu, terdapat juga segelintir individu yang gemar mengambil peluang untuk bercuti atau melancong ke sebuah destinasi yang jauh dari kampung halaman semasa hari raya. 

Jika anda bercadang untuk bercuti pada musim perayaan dengan perjalanan dan perbelanjaan yang lebih teratur serta jimat, berikut adalah lima aplikasi yang disarankan untuk anda muat turun di telefon pintar.

Urus Wang Anda Menggunakan Aplikasi Wisely

Pengurusan wang ketika bercuti amat penting terutamanya melibatkan mata wang luar negara yang sering kali bertukar-tukar. Aplikasi Wisely merupakan salah satu platform mudah untuk mengakses akaun bank persendirian anda semasa membuat transaksi  pembayaran atau melakukan melihat kadar pertukaran wang asing. 

Ini bagi memastikan anda tidak berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Malah, Wisely turut menawarkan pengguna untuk membuat penukaran terhadap 50 matawang pada kadar yang terbaik dan dapat menjimatkan caj yuran pengeluaran ATM di luar negara.

Gunakan eSim Airalo sebagai talian anda

Airalo merupakan sebuah sim kad maya (eSim) dalam aplikasi telefon pintar yang menghubungkan rangkaian talian lebih 200 buah negara dan wilayah pada kadar paling berpatutan dari seluruh dunia.

Seperti sedia tahu, caj penggunaan talian dan internet diluar negara agak berbeza dan sedikit tinggi. Bahkan dengan eSIM ini, anda boleh beli dan terus aktifkan sebelum perjalanan tanpa perlu membeli kad sim dalam bentuk fizikal.

Pilih Pakej Percuti Bersama Klook

Aplikasi Klook merupakan sebuah platform yang menyediakan pilihan pakej promosi percutian yang sesuai mengikut bajet dan masa anda. Pelbagai jenis tawaran mengikut kehendak anda ketika bercuti termasuklah aktiviti seperti memancing, bersiar-siar di kawasan pulau menaiki bot, tempat makan yang enak dan lokasi menarik untuk dikunjungi.

Kekal selesa bersama aplikasi LoungeBuddy

Ucapkan selamat tinggal kepada tempat menunggu yang sesak dan tidak selesa di lapangan terbang yang sempit dan padat dengan menggunakan aplikasi LoungeBuddy. Khas buat pengembara atau backpacker, aplikasi LoungeBuddy menyediakan pas perkhidmatan ruang rehat sekali pakai dengan harga berpatutan.

Anda boleh memanjakan diri dan menikmati keselesaan di ruang privasi serta menikmati kemudahan yang disediakan di lounge lapangan tersebut sambil menunggu penerbangan seterusnya. Bahkan, tiada keahlian atau status diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Jadi bolehlah anda berehat sebentar dan mengumpul tenaga sebelum meneruskan perjalanan.

Tunaikan solat anda dengan aplikasi Athan.

Perjalanan yang panjang boleh menjadi tekanan bagi umat Islam untuk menunaikan solat kerana waktunya sedikit berbeza-beza disebabkan anda merentasi zon waktu. Ini termasuk arah kiblat yang perlu ditetapkan mengikut kedudukan semasa anda.

Jadi aplikasi gaya hidup muslim iaitu Athan mampu menyelesaikan masalah anda. Aplikasi memiliki sistem untuk menetapkan waktu solat secara automatik mengikut lokasi semasa anda disertakan dengan kompas kiblat digital termasuk pelbagai doa perjalanan. Oleh itu, anda tidak perlu risau walau dimana sahaja anda berada untuk melaksanakan ibadah solat. - Getaran, 16 April 2023 

Sumber Gambar: Mutant

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

3

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang