web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 4:52PM

Nik Yusaimi Yussof - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau beberapa aplikasi al-Quran dalam talian yang berada di pasaran namun tidak mendapat kelulusan dan perakuan.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata aplikasi tersebut diguna pakai oleh masyarakat Islam dan dibimbangi akan mengelirukan.

"Beberapa aplikasi al-Quran yang dibangunkan oleh syarikat pembangunan aplikasi tempatan ini tidak mendapat kelulusan dan ada juga yang mash belum membuat permohonan.

"Setakat ini hanya satu aplikasi al-Quran mendapat perakuan KDN iaitu 'Smart Quran' yang terbukti kesahihnya untuk diguna pakai oleh masyarakat Islam di negara ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Nik Yusaimi berkata aplikasi Smart Quran dibangunkan dengan kerjasama KDN dan mendapat kelulusan JAKIM serta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Aplikasi yang tidak diperakukan kerana tidak melalui proses semakan oleh Lajnah Tashih al-Quran Malaysia. Bagi kelulusan ini syarikat penerbitan al-Quran hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.

"Di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, penerbitan dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran termasuklah aplikasi al-Quran hendaklah mendapatkan perakuan KDN yang perlu melalui proses semakan pakar sebelum berada di dalam masyarakat di negara ini," katanya.

Beliau berkata KDN menyeru syarikat pembangunan aplikasi untuk mengemukakan salinan perisian pruf akhir teks al-Quran kepada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran KDN (LPPPQ KDN).

Menurutnya kawalan ini ni perlu bagi menjamin kesucian ayat al-Quran yang betul untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia serta mengelakkan ayat dikeliukan sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

"Sehingga kini sejumlah 966 jenis al-Quran di negara ini termasuk al-Quran elektronik yang diluluskan atau diperakukan oleh KDN untuk jualan serta edaran di Malaysia," katanya.

Katanya, KDN sentiasa mengalu-alukan permohonan semakan al-Quran dalam apa jua bentuk bagi tujuan untuk mendapatkan perakuan daripada KDN.

"KDN menyer orang ramai memberikan kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan teks atau bahan al-Quran yang tiada perakuan KDN serta bercanggah dengan APTQ 1986 (Pindaan) 2023," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa