web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:29PM

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri, Nik Yusaimi Yussof menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media mengenai penahanan 164 individu dan merampas 26,213 naskah al-Quran tiada perakuan serta bahan ayat suci bernilai RM3.1 juta menerusi Ops Mulia yang dilaksanakan di seluruh negara sepanjang Mac lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) menahan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah al-Quran serta bahan bacaan ayat suci al-Quran bernilai RM3.1 juta menerusi Ops Mulia yang dijalankan di seluruh negara sepanjang Mac lalu.

Setiausaha Bahagian PK KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, kesemua warga tempatan berusia 30 hingga 50 itu ditahan di lokasi berasingan kerana dipercayai mengedar, menjual dan menjilid al-Quran di tempat yang tidak sepatutnya.

Beliau berkata, sebanyak 1,082 premis diperiksa sepanjang Ops Mulia dengan sebuah syarikat percetakan di Seri Kembangan, Selangor dikesan melakukan kerja menjilid al-Quran tanpa kebenaran, selain membenarkan ia dilakukan bukan Islam.

"Sekarang proses tindakan sedang diambil terhadap syarikat itu dan siasatan sedang berjalan. Dalam Ops Mulia ini, hanya satu syarikat dikesan menjilid al-Quran tanpa lesen.

"Kesemua al-Quran yang dirampas ini tidak mempunyai cap perakuan dan pelekat hologram KDN. Sebahagian al-Quran dirampas itu turut diperoleh menerusi advokasi Jom Exhange al-Quran anjuran KDN," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, rampasan al-Quran termahal berjumlah RM599 senaskah, manakala bahan perhiasan pula adalah RM5,290.

Ditanya adakah penjualan al-Quran mempunyai kaitan dengan sindiket, beliau berkata, aktiviti berkenaan bersifat individu kerana jenis al-Quran tidak sama.

"Ada bahan perhiasan yang dijual ini tidak mempunyai ayat al-Quran yang jelas dan merupakan satu bentuk kesalahan," katanya.

Nik Yusaimi berkata, KDN komited untuk memastikan hanya teks Al-Quran yang sahih dalam pelbagai bentuk berada dalam kalangan komuniti.

Sehingga kini terdapat 965 jenis terbitan al-Quran yang diuluskan KDN sama ada untuk dijual, dimiliki ataupun diedar.

"Oleh itu, masyarakat diseru agar tidak memilih naskhah al-Quran yang tiada kelulusan dengan memastikan naskhah al-Quran berkenaan mempunyai cap perakuan dan pelekat hologram KDN," katanya.

Beliau berkata, KDN akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti penjualan ataupun pengedaran al-Quran atau bahan ayat suci yang menyalahi Akta Percetakan Teks al-Quran (Pindaan 2023).

"Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli, memiliki, menerbitkan dan menjual teks atau bahan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN," katanya.

Beliau berkata, pihak atau individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 (Pindaan 2023).

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan teks al-Quran termasuk hasil penerbitan tidak dingini dengan menghubungi KDN di talian 03-8000 8000 atau melalui laman sesawang KDN di www.moha.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad