Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:36PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia di luar negara yang berkahwin dengan warga asing, telah dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pembentangan beliau hari ini mendapat lampu hijau dan langkah seterusnya akan melibatkan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk orang awam.

"Perkara ini akan diteruskan dengan proses seperti sesi penerangan termasuk kepada rakan media, sesi libat urus bersama tokoh individu berkepakaran serta ahli Parlimen yang akan mengundi nanti," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada Disember tahun lalu, Jabatan Peguam Negara dilaporkan sedang merangka draf cadangan pindaan perlembagaan itu, iaitu Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan 'ibu', dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang.

Beliau turut berharap supaya cadangan pindaan tersebut dapat dibentangkan secepat mungkin selewat-lewatnya tahun ini.

"Sudah dapat persetujuan, kita kena tunggu giliran sebab banyak lagi pindaan dari kementerian lain, jadi kita daftar dulu dan tunggu tarikh diberikan oleh setiausaha Dewan Rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, tiada campur tangan politik akan berlaku dalam permohonan pindaan Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), supaya wakil rakyat parti itu tidak menyokong pemimpin parti lawan tanpa restu.

Minggu lalu, Ahli Majlis Pimpinan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menyegerakan kelulusan pindaan itu, supaya ia boleh dikuatkuasakan, namun berharap kelulusan itu tidak melibatkan sebarang campur tangan politik.

"Campur tangan politik? Jangan sebab mereka pernah buat, jadi fikir saya akan melakukan perkara sama," katanya.

Perhimpuan Agung Khas BERSATU pada 2 Mac, telah meluluskan pindaan perlembagaan berhubung pelucutan keahlian bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyokong pihak lawan atau musuh.

Keputusan sebulat suara itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap BERSATU, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

3

2 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

KDN Pantau Reaksi Awam Isu Enakmen Syariah Kelantan - Saifuddin

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Semasa 1 hari yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 5 jam yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao