web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Pantau Reaksi Awam Isu Enakmen Syariah Kelantan - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 8:09PM

Saifuddin Nasution Ismail - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Kementerian Dalam Negeri
(KDN) melaksanakan pemantauan berterusan terhadap reaksi awam berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemantauan itu antaranya bagi perkara yang berpotensi menyumbang kepada situasi ketidaktenteraman
awam.

"Jika KDN dan polis mengesan reaksi berlebihan dan menerima aduan, (polis) melalui Pasukan Khas 3R khusus bagi menangani isu berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa akan segera siasat dan lengkapkan kertas siasatan dalam masa tujuh hari, sebelum diserah kepada Pejabat Peguam Negara.

"Pemantauan secara berterusan akan dilakukan (terhadap elemen yang menyumbang kepada ketidaktenteraman awam), bukan istimewa untuk insiden ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama.

Saifuddin Nasution menegaskan, keputusan Mahkamah
Persekutuan itu sama sekali tidak mencabar Islam atau menggugat peranan Mahkamah Syariah di negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata satu sesi libat urus bagi membincangkan mengenai Seksyen 4 Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 diadakan hari ini bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta aktivis.

"Buat masa sekarang, kita masi lagi memantau semua perkara, ketidakbolehan kita untuk melaksanakan atau mengguna pakai seksyen terbabit ekoran keputusan mahkamah.

"(Sama ada) ia memberikan disadvantages (kelemahan) kepada polis dan sebagainya, data-data itu akan dibentangkan, dari situ kita dapat membuat satu kesimpulan dan mengambil langkah ke hadapan," katanya.

Pada April 2022, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keseluruhan Seksyen 4 POCA 1959 adalah tidak berperlembagaan dan menasihatkan agar semua tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia di bawah akta berkenaan ditangguhkan sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar