web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambulans Terbabas, Jururawat Cedera Akibat Tersepit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 9:03PM

Anggota bomba sedang mengeluarkan jururawat yang tersepit selepas kenderaan dinaiki terbabas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang jururawat wanita cedera di bahagian badan dan kaki akibat tersepit selepas ambulans dinaiki terbabas di Kilometer 285 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Difahamkan, ambulans swasta yang dinaiki mangsa bersama pemandunya baru sahaja selesai menghantar pesakit.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.41 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah ambulans swasta terbabas ke bahu jalan mengakibatkan seorang jururawat wanita tersepit.

“Anggota kemudiannya menggunakan peralatan kecemasan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

“Pemandu ambulans bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, kemalangan berkenaan tidak membabitkan kenderaan lain dan operasi ditamatkan jam 6.17 petang. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad