web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Beri Impak Pada Amalan Keagamaan Manusia - Pakar Pendidikan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 7:08AM

Dengan peningkatan kes harian yang tinggi umat Islam disarankan menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penularan COVID-19 sejak lebih setahun lalu bukan sahaja memberi kesan terhadap mental, fizikal, kewangan dan sosial masyarakat, tetapi juga kepada amalan keagamaan umat Islam di seluruh dunia.

Kesan itu dapat dilihat melalui pelaksanaan beberapa ibadah dan amalan yang terpaksa dilakukan mengikut norma baharu, dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung COVID-19.

Ia termasuk menunaikan solat Zohor bagi menggantikan solat Jumaat, bagi disesuaikan dengan situasi genting yang sedang melanda negara ketika ini.

Malah ketika Ramadan, amalan Tarawih yang kebiasaannya dilaksanakan secara ‘meriah’ dengan masjid dan surau dipenuhi jemaah, kelihatan lengang sejak setahun lalu apabila jumlah kehadiran terpaksa dihadkan.

Aktiviti Tadarus Al-Quran yang sering menjadi pengisian utama ketika Ramadan juga ditiadakan, bagi mengelakkan penularan wabak dan sebagai ganti, ia ditukar kepada sesi secara maya demi mengimarahkan bulan mulia itu.

Dari aspek sosial, penganjuran majlis berbuka puasa yang menjadi kelaziman setiap kali Ramadan pula dihentikan buat sementara, dan badan korporat serta konglomerat terkemuka beralih kepada konsep penghantaran makanan bungkus, sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka.

Dengan Aidiladha bakal menjelma, amalan korban yang sebelum ini diadakan secara bergotong-royong bersama masyarakat sekitar turut terkena tempias SOP COVID-19, apabila lokasi dan jumlah individu dibenarkan menyertai acara terbabit ditetapkan dalam had tertentu mengikut garis panduan pihak berkuasa agama negeri.

Sekali lagi, ibadat Haji dan Umrah tidak dapat ditunaikan, serentak dengan keputusan keputusan Arab Saudi melarang kemasukan jemaah luar, untuk mengekang ancaman pandemik.

Kemeriahan musim Haji suatu ketika dahulu hanya tinggal kenangan, dan kita pastikan akan merindui lintas langsung dari Masjidil Haram atau membaca pelbagai ragam serta pengalaman dikongsi jemaah.

Aspek amalan ‘kebudayaan’ umat Islam seperti bersalaman, berziarah dan meraikan tetamu turut terkesan apabila tidak dibenarkan, manakala acara keraian serta kematian dengan berhimpun beramai-ramai ditegah, sebaliknya diuruskan dalam jumlah kecil.

Di sebalik kesan positif penerapan norma baharu itu dalam membendung COVID-19 demi keselamatan dan kemaslahatan masyarakat, Pensyarah Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Isma Rosila Ismail bagaimanapun berkata, situasi terbabit boleh mencetuskan impak negatif dalam kalangan generasi muda, terutama anak kecil.

Dr Isma Rosila Ismail
Dr Isma Rosila Ismail

“Merisaukan jika amalan keagamaan dijalankan sebelum ini menjadi canggung kepada generasi muda yang membesar dalam era pandemik.

“Generasi muda ini mungkin tidak terbiasa dengan amalan keagamaan berkenaan jika tidak diceritakan atau dimaklumkan mengenai kepentingannya kepada mereka sebagai seorang Muslim,” katanya kepada Getaran di sini.

Memberikan contoh bersalaman, Isma Rosila berkata, golongan berkenaan mungkin memandang serong perbuatan terbabit, kerana sudah dididik agar tidak bersentuhan dengan sesiapa bagi mengelak daripada dijangkiti virus.

“Mereka mungkin akan memandang jijik kepada perbuatan ini pada masa depan kerana ketika membesar dalam situasi COVID-19, mereka sudah terbiasa diajar supaya tidak bersentuhan dengan orang lain,” katanya.

Menurut beliau, adalah penting untuk masyarakat memastikan kelestarian amalan beragama dipertahankan, walaupun hanya menggunakan kaedah penceritaan daripada mulut ke mulut atau mengaplikasikan sepenuhnya kekuatan media sosial.

Amalan keagamaan katanya, perlu diulang tayang agar tersemat di minda anak kecil yang membesar dalam era COVID-19.

Bagi menjamin kelestarian amalan keagamaan itu, jelas Isma Rosila, perlakuan terbabit mungkin boleh direkodkan, diceritakan dan ditekankan supaya menjadi peringatan serta tontonan golongan muda berkenaan.

“Perkara ini penting ditekankan agar jati diri mereka sebagai muslim dan mukmin kekal, manakala amalan beragama dapat dilestarikan mengikut anjuran Islam.

“Usaha tersebut juga dapat mengelakkan kegagalan untuk memberi pendedahan mengenai amalan keagamaan terhadap generasi yang boleh digelar ‘generasi COVID-19’ ini,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad