Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Guan Eng, Gnanaraja Bincang Perkara Sulit Pada Awal Pagi - Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 6:23PM

Guan Eng (tengah) berjalan keluar dari Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan Datuk Seri K Geethanjali Gausillia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah mengunjungi kediamannya di Petaling Jaya pada awal pagi empat tahun lepas bagi membincangkan perkara sulit dengan suami beliau.

Geethanjali, 35, yang juga pelakon filem tempatan, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu apa yang dibincangkan kerana Datuk Seri MG Gnanaraja tidak pernah berkongsi apa-apa maklumat berkaitan dirinya dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Menceritakan mengenai kedatangan Guan Eng ke rumah mereka pada Ogos 2017, Geethanjali berkata Gnanaraja telah mengejutkan beliau daripada tidur lebih kurang jam 2 pagi dan memintanya bersiap kerana ada tetamu datang.

“Saya dimaklumkan oleh suami saya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang telah sampai. Saya kemudian mengejutkan ibu saya yang ketika itu sedang tidur di bilik beliau. Selepas selesai bersiap, kami turun ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan YB Guan Eng.

“Kemudian suami saya memperkenalkan saya kepada Guan Eng dan seorang lagi individu bernama Datuk Zarul. Saya sahkan saya mengenali Datuk Zarul sebelum ini kerana beliau pernah datang ke rumah untuk berurusan dengan suami saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari pertama perbicaraan kes rasuah Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.

Geethanjali, yang menjalankan perniagaan berkaitan filem dan ‘talent organisation’ bersama Gnanaraja, berkata dalam perjumpaan itu Guan Eng ada bertanya khabar dan mereka hanya berbual-bual kosong sebelum ada seorang individu telah meminta beliau, suami dan ibunya untuk bergambar dengan Guan Eng.

“Saya juga mengesahkan bahawa Datuk Zarul yang mengambil semua gambar menggunakan telefon bimbitnya di beberapa sudut dalam rumah saya dan ia berlaku secara spontan. Datuk Zarul kemudian menghantar gambar berkenaan kepada suami saya sebagai simpanan.

“Seingat saya, terdapat lebih kurang enam hingga tujuh keping gambar yang telah diambil oleh Datuk Zarul ketika itu,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Saksi pendakwaan pertama itu turut memaklumkan bahawa selepas gambar diambil, Gnanaraja telah meminta beliau serta ibunya untuk beredar kerana ahli perniagaan tersebut perlu berbincang perkara sulit dengan Guan Eng dan Datuk Zarul.

“Saya hanya mengikut arahan suami. Saya dan ibu saya telah beredar dari sana dan masuk ke bilik semula untuk sambung tidur. Saya sahkan selepas itu, saya tidak mengambil tahu apa-apa maklumat yang dibincangkan oleh suami saya dan YB Guan Eng.  Suami saya tidak pernah berkongsi apa-apa maklumat lain berkaitan suami dan YB Guan Eng.

“Seingat saya, YB Guan Eng hanya pernah datang sekali sahaja ke rumah saya dan Datuk Zarul pula pernah hadir beberapa kali ke rumah saya atas urusan perniagaan dengan suami saya. Saya tidak tahu apa urusan mereka bersama suami dan saya tidak pernah menjemput YB Guan Eng datang ke rumah selain saya juga bukanlah peminat atau penyokong YB Guan Eng. Saya mengambil gambar dengan YB Guan Eng kerana suami saya meminta saya mengambil gambar sebagai kenangan," katanya.

Semasa disoal balas oleh peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Guan Eng, saksi itu berkata suaminya mempunyai ramai kenalan ahli politik dan kebanyakannya pernah datang ke rumah mereka.

Pada prosiding hari ini, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Saadon Abd Samad, 34, turut memberi keterangan sebagai saksi kedua pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Guan Eng didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran