web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cemburu Rebut Abang Angkat, Remaja Belasah Rakan Sekolah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Gara-gara cemburu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dipukul rakan sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 9.26 malam tadi.

Siasatan awal mendapati, kejadian telah berlaku di kawasan tangga perumahan pangsapuri di sekitar Kelana Jaya di sini.

“Mangsa dipukul di bahagian kepala dan badan kerana dituduh mempunyai hubungan dengan abang angkat suspek

“Rakaman video itu kemudian ditularkan dalam mesej kumpulan menerusi aplikasi WhatsApp dan laman Instagram milik suspek,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semua suspek yang berusia antara 12 hingga 13 tahun sudah dikenal pasti oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Kami telah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwaraya untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas semua suspek,” katanya.

Video pergaduhan berkenaan sebelum ini tular di media sosial, memaparkan mangsa dibelasah rakan sekolahnya kerana dituduh memiliki hubungan bersama abang angkat suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut menasihatkan masyarakat supaya menghentikan penularan rakaman video tersebut, memandangkan kes masih dalam siasatan. - Getaran, 28 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad