web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2026 9:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyasarkan untuk memperkukuh kedudukan dalam rantaian bekalan global bagi komponen pertahanan, susulan usaha kerajaan memperluas penglibatan industri tempatan melibatkan pembuatan bernilai tinggi serta mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, negara memiliki asas kukuh dalam pembangunan perisian, litar bersepadu dan komponen teknologi maklumat, yang mampu menyokong aspirasi negara menjadi pemain lebih bersepadu dalam ekosistem pertahanan global.

Menurut beliau, beberapa syarikat tempatan telah pun menembusi rantaian bekalan antarabangsa, termasuk CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) di Melaka yang terlibat dalam pengeluaran komponen pesawat.

“Malah, terdapat syarikat tempatan yang berupaya menghasilkan peluru, sistem suar pesawat dan sistem kenderaan darat, selain mencadangkan pengeluaran meriam artileri 105mm sendiri.

“Perkembangan ini menunjukkan peralihan peranan industri tempatan daripada sekadar ejen kepada pengeluar komponen yang diiktiraf di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pavilion Kementerian Pertahanan sempena pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2026, hari ini.

Dalam pada itu, Khaled berkata, kementerian menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus kandungan tempatan dalam perolehan pertahanan bagi membuka lebih banyak peluang kepada inovator domestik mempamerkan keupayaan serta memperluas penyertaan dalam industri berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika merasmikan pameran berkenaan, menyeru pemain industri pertahanan dan aeroangkasa global agar memperkukuh kerjasama dengan pengeluar Malaysia, selaras dengan peranan negara yang semakin berkembang dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi.

Mengulas perkembangan operasi, Khaled berkata anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) kekal berada dalam keadaan berjaga-jaga, meskipun gencatan senjata selama 10 hari antara Lubnan dan Israel berkuat kuasa sejak Jumaat lalu.

“Sekiranya berlaku pelanggaran gencatan senjata, mereka diarahkan untuk mengambil langkah perlindungan, termasuk berlindung di dalam bunker,” katanya.

Mengulas laporan kematian anggota tentera Perancis berhampiran sempadan Lubnan, beliau berkata pasukan Malaysia kini ditempatkan di kawasan yang relatif lebih selamat.

“Kontinjen Malaysia berada di bahagian tengah, manakala pasukan Indonesia dan Perancis ditempatkan lebih hampir dengan sempadan Lubnan-Israel.

“Bagaimanapun, situasi keselamatan tidak boleh dipandang ringan memandangkan ancaman peluru berpandu dan roket berupaya merentasi sempadan,” katanya. - Getaran, 20 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

ARKON Bantu Malaysia Perkukuh Pertahanan Digital 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 6 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran