web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2026 6:31PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya memandang serius setiap aduan berkaitan rasuah dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan mengikut saluran serta lunas undang-undang.

"Semestinya kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa khususnya dalam MINDEF.

"Setiap aduan akan diambil serius namun tuduhan tanpa bukti hanya akan menjejaskan kredibiliti dan nama baik ATM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Majlis Ramah Mesra Komuniti Kampung Makan di sini hari ini.

Beliau berkata justeru itu, tindakan tegas wajar diambil bagi membersihkan nama baik ATM dan mengelakkan dakwaan tidak berasas dijadikan modal untuk meraih populariti.

Sebelum ini, aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa seorang pegawai kanan ATM disyaki terbabit dalam isu pengubahan wang haram dan susulan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengulas perkembangan terkini, Mohamed Khaled berkata pegawai kanan berkenaan telah diarahkan bercuti bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Pegawai tersebut diminta bercuti dan tidak mempunyai sebarang peranan atau kuasa...siasatan adalah urusan SPRM dan setakat ini, kementerian belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenainya," kata beliau.

Ditanya mengenai keperluan pegawai ATM membuat pengisytiharan harta, Mohamed Khaled berkata MINDEF sentiasa mendapatkan maklumat dan pandangan agensi berkaitan sebelum sebarang pelantikan dibuat.

"Kita sentiasa merujuk agensi dan jabatan berkaitan termasuk SPRM bagi memastikan setiap pelantikan dibuat dengan teliti serta berintegriti," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad