web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 8:00PM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled (baju putih) menyampaikan sumbangan kepada seorang daripada anak anggota tentera. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mempertimbangkan untuk membatalkan atau membuka semula tender ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk sekiranya kontraktor sedia ada masih gagal membuat penghantaran seperti dalam perjanjian.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan sedemikian berdasarkan perjanjian yang termaktub antara kementerian itu dengan syarikat kontraktor dilantik.

"Dalam pemolehan sebegini, ia akan ada kelewatan dan soal (bagaimana) kita mengurus kelewatan itu seperti yang terdapat dalam syarat kontrak. Dalam kontrak kita mengambil kira perkara seperti ini akan terjadi dan apabila ia betul berlaku, kita rujuk kontrak.

"Apabila betul-betul tidak boleh hendak dilaksana, barulah kita buat keputusan sama ada untuk batal atau buka tender semula. Semuanya dalam keadaan diurus sebagaimana yang disyaratkan dalam kontrak," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem Mahkota di sini hari ini.

Pada 16 April lepas, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilapor berkata Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk yang sepatutnya pada hujung bulan lepas.

Muhammad Hafizuddeain dipetik sebagai berkata, pihaknya amat berharap kontraktor berkenaan dapat membuat penghantaran peringkat pertama melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat itu.

Ditanya sama ada MINDEF mempunyai perancangan untuk membeli helikopter sendiri berbanding menyewa, Mohamed Khaled berkata pendekatan kerajaan adalah untuk memajak kerana langkah tersebut mempunyai elemen penjimatan.

Pada Mei tahun lepas, MINDEF menandatangani kontrak sewaan empat helikopter dengan syarikat tempatan Aerotree Defence and Services San Bhd selama lima tahun bernilai RM187 juta.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, Poliklinik Kem Mahkota yang tertangguh sejak tahun lepas dijangka akan siap tahun depan setelah kontraktor baharu dilantik bagi menyambung kerja-kerja pembinaannya.

Menurutnya apabila siap kelak, poliklinik yang turut menyediakan pusat hemodialisis dan pusat pembedahan itu bukan sahaja akan menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada kira-kira 10,000 warga ATM yang menetap di kem tersebut tetapi juga kepada penduduk setempat.

Terdahulu, pada majlis itu beliau menyerahkan cek berjumlah RM11.4 juta bagi program Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Mahkota tahun ini melibatkan 1,078 unit kediaman warga tentera yang bertugas di kem berkenaan.

Mohamed Khaled turut menyampaikan Sumbangan Pendidikan MADANI oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) kepada 10 anak ATM yang memasuki persekolahan tahun ini secara sekali beri RM50 yang dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN Prime), selain sumbangan tunai RM300 kepada 18 orang penerima dalam kalangan anak anggota yang menghidap penyakit kronik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

3

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Pimpinan Tertinggi ATM Di Wisma Perwira

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran