web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ARKON Bantu Malaysia Perkukuh Pertahanan Digital 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2026 3:53PM

Mohamed Khaled Nordin (tengah) mendengar penerangan diberikan Nik Iruwan Nik Izani (dua, kiri)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keupayaan pertahanan negara berteras teknologi tempatan bakal diperkukuh, serentak dengan pelancaran sistem Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) hari ini. 

Sistem dibangunkan Nizra Industries itu dicipta berasaskan kecerdasan buatan (AI), ARKON.

Pelancaran berkenaan mencerminkan peralihan landskap pertahanan negara ke arah penggunaan sistem bersepadu, yang menekankan kepantasan pemprosesan maklumat dan kecekapan membuat keputusan dalam operasi.

ARKON, yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia, berupaya menghubungkan pelbagai komponen termasuk sensor, sistem tanpa pemandu, anggota dan aset misi ke dalam satu rangkaian operasi masa nyata berasaskan AI.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Industries, Nik Iruwan Nik Izani, pembangunan ARKON memberi penekanan kepada keupayaan integrasi data dan koordinasi operasi yang lebih efisien berbanding pendekatan konvensional berasaskan perkakasan semata-mata.

“ARKON mencerminkan keperluan sistem moden yang mampu menukar data kepada kejelasan operasi serta koordinasi kepada tindakan yang efektif.

“Sistem ini direka untuk meningkatkan kesedaran situasi serta menyokong proses membuat keputusan secara lebih pantas dan tepat dalam persekitaran operasi yang kompleks,” katanya sejurus pelancaran pada pameran Defence Services Asia (DSA) 2026 di sini. 

Turut hadir menyaksikan pameran ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali. 

Sepanjang pameran berlangsung, demonstrasi ARKON memaparkan integrasi masa nyata antara anggota, platform UAV dan sistem perintah dalam simulasi operasi, sekali gus memperlihatkan potensi penggunaan teknologi tersebut dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.

Pengenalan ARKON dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluas pembangunan keupayaan pertahanan berdaulat melalui inovasi tempatan, sejajar dengan keperluan operasi moden yang semakin bergantung kepada kelebihan maklumat dan teknologi.

Pengunjung boleh melihat demonstrasi ARKON di Hall 7, Aras 2, Booth 7730, MITEC. - Getaran, 22 April  2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad