web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2026 6:06PM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kompromi untuk mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Memberikan amaran berkenaan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kehilangan nyawa akibat kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu seperti itu adalah satu kecuaian jenayah, dan ia sama sekali tidak boleh diterima. 

Tegas beliau, kerajaan amat memandang serius kejadian seumpamanya, dan memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku jika disabitkan kesalahan.

““Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, kerana ia jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Loke menyatakan demikian susulan kemalangan maut yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

Dalam nahas terbabit, pemandu yang melanggar Allahyarham disahkan mabuk dan turut positif dadah. 

Insiden sekitar jam jam 11.40 pagi semalam itu menyebabkan mangsa maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Raya Barat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilaporkan berkata,  siasatan awal mendapati Honda City dari arah Jalan Raya Barat menuju Bandar Klang tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20-an dengan kelajuan tinggi dan berbahaya.

Beliau berkata, suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki lorong bertentangan dan merempuh motosikal mangsa, menyebabkan Allahyarham tercampak ke atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu yang terlibat kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

Mengulas lanjut Loke berkata, pindaan undang-undang berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan telah berkuat kuasa sejak Oktober 2020, dengan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.

Mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun dan denda antara RM50,000 dan RM100,000 jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan berulang, hukuman yang lebih berat boleh dikenakan, iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan denda antara RM100,000 dan RM150,000.

Dalam perkembangan berkaitan, Loke turut menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan menyeluruh supaya kertas siasatan dapat dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan.

Beliau turut melahirkan harapan agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat sekiranya tertuduh didapati bersalah.

"Kerajaan komited untuk terus memperkukuhkan undang-undang dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjaga," katanya. – Getaran, 30 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 3 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 59 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad