web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permintaan Tinggi, Bekas Pemain Kebangsaan Kembali Jual Air Balang Di Bazar Ramada

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2026 4:44PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Tahun lalu, kisah bekas pemain kebangsaan Mohammad Gopi Rizgi tular apabila beliau mendedahkan berdepan masalah kewangan susulan gaji tertunggak selama lapan bulan sehingga menarik perhatian pemilik Johor Darul Ta'zim FC (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Situasi itu mendorongnya menjual air balang di depan rumahnya di Kampung Api-Api di sini sepanjang Ramadan bagi menambah pendapatan, sekali gus mencuri perhatian orang ramai dan peminat bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, Ramadan tahun ini menyaksikan keadaan berbeza apabila beliau kembali menjual air balang bukan lagi kerana desakan kewangan, sebaliknya atas permintaan ramai yang mahu melihatnya berniaga semula.

Mohammad Gopi, 37, yang memeluk Islam pada 2019 berkata ramai rakan dan peminat bertanyakan perkara itu sejak awal Syaaban menerusi media sosial, selain ada yang menyatakan hasrat untuk datang membeli dan bertemunya.

"Alhamdulillah, kali ini saya teruskan kerana permintaan peminat. Ramai yang mesej dan tanya sama ada saya jual lagi tahun ini. Itu yang buat saya rasa bersemangat untuk berniaga semula," katanya ketika ditemui Bernama.

Mohammad Gopi pernah bermain dengan beberapa pasukan iaitu Pahang dari tahun 2010-2015, Selangor (2016), JDT (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019), Sri Pahang FC (2020) sebelum mengakhiri kariernya bersama Kuala Lumpur Rovers sehingga tahun lalu (2025).

Beliau turut berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya bermula 2012 hingga 2015.

Mohammad Gopi berkata pengalaman tahun lalu memberi kenangan tersendiri apabila jualannya pada awalnya sekitar 30 bungkus sehari melonjak kepada lebih 150 bungkus sehari selepas kisahnya mendapat liputan media.

Selain air jagung dan air mata kucing, beliau turut menambah beberapa pilihan lain seperti air sirap bandung cincau dan taufu fa bagi memeriahkan jualan sempena Ramadan tahun ini.

Beliau bersyukur kerana masih mendapat sokongan peminat walaupun tidak lagi beraksi sebagai pemain profesional dan berharap usaha kecilnya itu dapat terus mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Kini, beliau mengendalikan Benut Junior FC, sebuah akademi bola sepak yang berpangkalan di Pekan Benut di sini yang memfokuskan kepada pembangunan bakat muda di peringkat akar umbi dengan menawarkan latihan kepada pemain berusia bawah 13 hingga 15 tahun.

Sesi latihan dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Sri Benut sebagai platform mencungkil serta membentuk potensi pemain muda, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah sekitar Pontian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar