web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bertindak Terhadap Individu Berprofil Tinggi, PM Puji Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2026 7:50PM

Anwar Ibrahim - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi agensi penguat kuasa sepanjang dua tahun lalu amat membanggakan, khususnya dari segi tindakan terhadap individu berprofil tinggi.

Beliau berkata agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

"Saya fikir jika dibandingkan dengan dua tahun lalu, prestasi penguatkuasaan kini adalah agak membanggakan.

"Saya tidak mengatakan berpuas hati sepenuhnya, namun kita telah mengambil tindakan terhadap tokoh-tokoh besar, termasuk bekas perdana menteri dan bekas menteri," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pengenalan pasangan panda gergasi baharu di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan kerajaan memantau secara rapi anggota Jemaah Menteri dan penjawat awam bagi memastikan akauntabiliti serta integriti dalam pentadbiran negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan isu rasuah di Malaysia bukan sekadar bersifat endemik, sebaliknya bersifat sistemik dan memerlukan usaha berterusan serta menyeluruh untuk ditangani.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh langkah membanteras rasuah.

"Saya telah menyatakan dengan jelas bahawa usaha ini akan diteruskan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad